ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kuasai asas pemanduan ‘off-road’ dan teroka potensi sebenar Ford Ranger dan Raptor di Ford Ranger Getaways

Berita Tempatan

Views

Ford Ranger Getaways edisi yang seterusnya bakal membawakan dua pengalaman latihan buat para pemilik Ford Ranger atau Ranger Raptor.

Mereka yang ingin memperoleh kemahiran pemanduan 4×4 baharu serta menemui potensi sebenar kenderaan mereka adalah sangat dialu-alukan untuk mendaftarkan diri ke acara ini.

Sesi latihan pertama akan diadakan di Kursus Pemula M4TREC 4WD, Semenyih, Selangor pada 26 Ogos 2023. Sesi seterusnya akan dijalankan di Kursus Pemula Sar4Trac 4WD, Kampung Barieng, Bau, Sarawak pada 16 September 2023.

Kursus 4WD peringkat pemula ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan yang diperlukan dan teknik asas pemanduan jalan lasak (off-road) yang selamat kepada para peserta. Acara ini merupakan sebahagian daripada agenda Ford Ranger Getaways tahun ini.

M4TREC dan Sar4Trac merupakan fasiliti bersepadu yang direka khas untuk menawarkan persekitaran selamat dan terkawal untuk pembelajaran dan pengalaman teknik asas pemanduan off-road.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Kursus akan dijalankan oleh pasukan jurulatih profesional yang disenaraikan oleh HRDF di kedua-dua pusat tersebut yang juga merupakan pakar dalam pemanduan off-road.

Peserta juga akan dapat memahami Ranger dan Ranger Raptor mereka dengan lebih mendalam, di samping menjalinkan hubungan dengan pemilik dan individu yang lain.

Kedua-dua sesi latihan akan bermula dengan taklimat yang terperinci mengenai keselamatan, asas pemanduan 4×4 dan laluan berhalangan.

Di bawah bimbingan dan pengawasan rapat jurulatih, peserta kemudiannya akan mempraktikkan teknik-teknik asas untuk mengatasi pelbagai rintangan dalam sesi praktikal.

Antara rintangan di M4TREC, termasuklah Litar Kotor (Dirt Track), Rampa Rol (Roller Ramp), Regangan Kerangka (Frame Twister), Menyeberangi Bukit / Lereng Licin (Ridge Crossing / Slide Slope), Lumpur & Lutut (Mud & Ruts), Litar Bertakung (Rutted Track), Parit (Ditch), Menuruni Bukit (Hill Descend), Mendaki Bukit (Hill Ascend) dan Meluncur Lumpur (Mud Dash).

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Peserta di Sar4Trac pula akan menempuhi segala rintangan di ladang pisang Ngirobuh,merangkumi Litar Kotor (Dirt Track), Regangan Kerangka (Frame Twister), Lumpur & Kerikil (Mud & Gravel), Litar Bertakung (Rutted Track), Parit (Ditch), Menuruni Bukit (Hill Descend), Mendaki Bukit (Hill Ascend) dan Meredah Air (Water Wading).

Kursus-kursus ini ditawarkan pada harga RM498 setiap orang, dengan maksimum dua peserta bagi setiap kenderaan.

Pemilik Ranger dan Ranger Raptor generasi baharu yang masih lagi belum menggunakan kod kad keistimewaan Inner Circle mereka pula boleh menebus diskaun sebanyak 30 peratus.

Pemilik terawal Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel generasi baharu juga digalakkan untuk menebus diskaun Getaways mereka sebelum tamat pada Jun 2024.

Tempahan dan pembayaran untuk kedua-dua kursus boleh dibuat menerusi platform Ford Ranger Getaways di laman sesawang SDAC-Ford Malaysia. Semua peserta akan menerima Sijil Tamat pada akhir sesi latihan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply