ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tesla sedang ‘merekrut’ pekerja baharu di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Anda sedang mencari pekerjaan? Teringin untuk menyertai syarikat pengeluar kereta elektrik terkemuka di dunia seperti Tesla? Ini peluang baik buat anda.

Setelah mengesahkan yang mereka akan membuka sebuah ibu pejabat, pusat rervis serta rangkaian ‘pengecas super’ di Malaysia baru-baru ini, Tesla kini dilihat mula mengiklankan beberapa jawatan kosong di laman sesawangnya.

Antara jawatan profesional yang diiklankan termasuklah dalam bidang kejuruteraan dan teknologi maklumat, sumber manusia, pengecasan, operasi dan sokongan perniagaan serta jualan dan sokongan pelanggan.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Dalam artikel terdahulu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata Tesla di Malaysia dijangka akan mewujudkan peluang pekerjaan yang menawarkan gaji lebih baik.

Selain itu, ia dijangka meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam ekosistem Tesla di peringkat domestik dan juga global.

Tambah beliau, pihaknya juga akan memanfaatkan ekosistem elektrik dan elektronik (E&E) secara strategik bagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan bagi teknologi berkaitan mobiliti elektrik.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Kemasukan Tesla ke Malaysia telah dipermudahkan oleh MITI melalui pengenalan inisiatif ‘BEV Global Leaders’ bagi tujuan membantu meningkatkan permintaan BEV dalam pasaran tempatan dan menggalakkan pembangunan keseluruhan ekosistem untuk menyokong penggunaan BEV.

Di samping itu, inisiatif ini bertujuan untuk mendapatkan pelaburan daripada syarikat pengeluar BEV global terkemuka di Malaysia. Untuk makluman, Tesla merupakan pemohon pertama inisiatif oleh MITI ini.

Berminat? Ketik pautan INI.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply