ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi perlihat wajah sebenar SUV kompak baharunya, penghantaran bermula November 2023

Berita Global

Views

Setelah beberapa kali mengacah, akhirnya Mitsubishi Motors Corporation (Mitsubishi Motors) memperlihatkan wajah sebenar SUV kompak baharunya yang bakal membuat debut global di Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) kali ke-30, Ogos ini.

Menurut Mitsubishi, model SUV kompak itu nanti akan dikeluarkan di kilang pengeluaran Mitsubishi Motors Krama Yudha, Bekasi, Jawa Barat, Indonesia. Penghantarannya akan bermula pada bulan November 2023.

Reka bentuknya adalah berkonsepkan “Silky & Solid” dengan menampilkan keaslian rekaan SUV yang bergabung dengan elegan dan keteguhan.

Bahagian atas badannya mengetengahkan rekaan bumbung terapung dan permukaan licin yang bermula dari ‘lambang tiga berlian’ di hadapan dan mengalir sepanjang sisi ke bahagian belakang.

Bahagian bawah badannya pula memperlihatkan perkadaran yang kukuh menerusi rekaan fender berotot. Rekaan jeriji “Dynamic Shield” SUV ini turut berevolusi sejajar dengan konsep reka bentuknya.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Dari segi dimensi, SUV kompak ini berukuran 4,390 mm panjang, 1,810 mm lebar dan 1,660 mm tinggi, manakala jarak lega permukaannya adalah 222 mm.

SUV kompak ini dilengkapi dengan rim bersaiz 18-inci yang dibaluti oleh oleh tayar berdiameter besar. Ia dikuasakan oleh enjin 1.5-liter yang digandingkan bersama transmisi CVT. Kuasa disalurkan menerusi pacuan roda hadapan (2WD).

Bagi memberikan pengalaman pemanduan yang lebih selesa, buat julung kalinya model SUV kompak ini dilengkapi dengan sistem bunyi serba baharu, “Dynamic Sound Yamaha Premium“.

Ia merupakan hasil kolaborasi antara Mitsubishi Motors bersama pengeluar alat muzik dan perkakasan audio, Yamaha Corporation.

Dengan penalaan khas yang dioptimumkan untuk ciri akustik kabin, sistem bunyi baharu dalam SUV kompak serba baharu itu bakal memberikan pengalaman bunyi yang premium dan mengasyikkan.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

SUV segmen-B ini dijangka berentap dengan beberapa model seperti Honda WR-VToyota Yaris CrossNissan Kicks dan Hyundai Creta.

Di GIIAS kali ke-30 juga, buat julung kalinya Mitsubishi akan mempamerkan model kereta elektrik kecil eK X EV di luar negara Jepun, termasuk Minicab-MiEV yang dijadualkan akan dipasang secara tempatan di Indonesia.

Bukan itu sahaja, beberapa model lain yang dijual dipasaran Indonesia akan turut dipamerkan, ini termasuklah Xpander, Xpander Cross dan Pajero Sport.

Di acara itu juga, Mitsubishi akan menampilkan kawasan khas di mana para pengunjung dapat merasai sendiri sistem bunyi baharu Dynamic Sound Yamaha Premium yang dibangunkan bersama Yamaha Corporation.

Di dalam ruang kabin model baharu itu, pengunjung dapat menikmati ciri-ciri sistem bunyi tersebut seperti nada tinggi dan pertengahan yang jelas serta bass.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Mitsubishi Motors Vietnam

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply