ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pandu melulu, polis sita lima buah Lamborghini

Berita Tempatan

Views

Polis menyita lima Lamborghini yang dipandu secara berbahaya di Lebuh Raya Senai-Desaru, Kota Tinggi, selepas rakaman video memaparkan insiden itu tular, kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata pihaknya juga sudah membuka kertas siasatan terhadap lima pemandu kereta mewah berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya telah membuka satu kertas siasatan atas kes itu dan ia akan dilengkapkan dalam masa terdekat. Hasil ujian saringan awal air kencing kesemua pemandu terbabit adalah negatif bahan terlarang.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Beliau mengulas penularan rakaman video berdurasi 71 saat yang memaparkan beberapa kereta Lamborghini dipercayai berkonvoi, memotong laluan secara berbahaya di lebuh raya berkenaan.

Kamarul Zaman sekali gus menasihati semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan atau undang-undang dan berhemah ketika menggunakan kemudahan awam itu.

Pihaknya mengalu-alukan kehadiran sesiapa sahaja yang ingin bercuti dan sebagainya di negeri ini, namun perlulah berdisiplin dan mengikut peraturan.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

“Jalan raya dan kenderaan kini ada kamera litar tertutup, jadi berhati-hatilah. Pengguna jalan raya yang melakukan perkara tidak elok… andai dirakam dan ditularkan, ia akan menyebabkan anda diambil tindakan. Oleh itu, berhati-hati,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan polis mengambil keterangan lima lelaki warga tempatan berusia 44 hingga 64 tahun selepas mengesan Lamborghini dipandu mereka itu di sekitar kawasan Desaru kira-kira jam 11.40 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, dipetik berkata kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply