ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Seteru terkuat’ Rocky, Raize dan Ativa dah tiba – Honda WR-V generasi baharu dilancarkan di Indonesia

Berita Global

Views
Honda WR-V | Wheels to Win

Honda Indonesia hari ini secara rasminya melancarkan model SUV kompak, WR-V generasi baharu yang merupakan versi pengeluaran kepada model konsep Honda SUV RS Concept.

‘Seteru terkuat’ kepada trio Daihatsu RockyToyota Raize dan Perodua Ativa itu ditawarkan dalam tiga pilihan varian, iaitu:

  • Varian E CVT – Rp. 271.900.000 (RM82,416)
  • Varian RS CVT – Rp. 289.900.000 (RM87,865)
  • Varian RS CVT with Honda SENSING – Rp. 309.900.000 (RM93,934)

Pilihan warna yang ditawarkan terdiri daripada Taffeta White (Varian E sahaja), Meteoroid Gray Metallic dan Crystal Black Pearl (Varian E dan RS), Stellar Diamond Pearl dan Ignite Red Metallic (Varian RS sahaja). Pilihan warna dwitona turut ditawarkan pada Varian RS dengan pilihan warna Ignite Red Metallic sahaja.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Dari segi dimensi, ia berukuran 4,060 mm panjang, 1,780 mm lebar, 1,608 mm tinggi dan jarak antara rodan 2,485 mm, manakala ketinggian jejak tanahnya berukuran 220 mm.

Honda WR-V dijana oleh enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC aspirasi alami (NA), yang menghasilkan output 121 PS pada 6,600 rpm dan 145 Nm daya kilas pada 4,300 rpm. Enjin ini disambungkan pula kepada transmisi CVT.

Dari segi reka bentuk, ia tampil dengan rekaan yang ranggi dan moden menerusi rekaan jeriji berbentuk heksagon melintang dengan kemasan krom serta rekaan lampu hadapan LED bersama lampu membelok berurutan.

Varian E dilengkapi dengan rim 16-inci lima-jejari, manakala varian RS dipasang dengan rim 17-inci kemasan dwitona. Reka bentuk belakang agak konvensional dengan sepasang lampu jejalur LED.

Ruang kabin Honda WR-V dilengkapi dengan unit infohibur bersaiz 7-inci, paparan meter TFT bersaiz 4.2-inci untuk varian RS, unit kawalan pendingin hawa digital, serta empat pembesar suara (varian E) dan enam untuk varian RS.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Selain itu, varian RS menerima kemasan lebih premium dengan stereng dan tombol gear balutan kulit, kemasan tempat duduk kombinasi fabrik-kulit serta unit kawalan pendingin hawa automatik.

Aspek keselamatan standard terdiri daripada empat beg udara, ABS, EBD, Bantuan Brek, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), sistem kemasukan tanpa kunci dan kamera undur.

Varian RS pula mendapat enam beg udara, Honda LaneWatch, lampu utama automatik dan Honda SENSING terdiri daripada:

  • Sistem Brek Cegah Pelanggaran (CMBS)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Notifikasi Pergerakan Kenderaan Di hadapan (LCDN)
  • Cegah Terbabas (RDM)
  • Pancaran Lampu Tinggi Automatik (AHB)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)

Adakah Honda Malaysia akan membawa WR-V generasi baharu ke negara kita? Sama-sama kita tunggu dan lihat!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply