Akaun Facebook rasmi Proton e.MAS Cars memang tak rilek beb! Kira-kira sejam yang lalu, mereka mula ‘mengusik’ warganet dengan iklan acah terbaharunya yang memaparkan ‘siluet’ model pertamanya iaitu sebuah SUV.
Apa yang menarik model SUV elektrik itu akan membuat penampilan sulungnya 3 hari lagi atau pada Jumaat ini!
Jika dilihat pada bentuk siluet itu, memang tidak syak lagi ia adalah ‘kembar’ kepada Geely Galaxy E5, versi pemanduan kanan (RHD). Ini setelah penulis cuba mengolah dan memadankan siluet itu dengan foto Galaxy E5.
Dalam artikel terdahulu, ejen perisik Mat Bond memaklumkan bahawa model SUV elektrik itu menggunakan namakod dalaman ‘E245‘. Secara kebetulan pula ia berkongsi namakod yang sama dengan Galaxy E5.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Tambah Mat Bond, pemasangan unit siap bina (CBU) model Proton e.MAS itu akan bermula di China pada awal tahun hadapan, manakala pemasangan tempatan (CKD) dijangka bermula pada akhir tahun (2025).
Bukan itu sahaja, Ketua Pegawai Eksekutif Proton New Energy Technology Sdn. Bhd. (PRO-NET), Zhang Qiang turut ‘mendedahkan’ model SUV elektrik Geely Galaxy E5, bakal menjadi model BEV sulung Proton e.MAS.
Menurut rakan media di WapCar.my, perkara tersebut didedahkan menerusi aplikasi WeChat, di mana beliau telah membuat perkongsian mengenai tarikh pelancaran Galaxy E5 di China yang disahkan pada 3 Ogos nanti.
Ini bermakna, kembarnya yang akan menggunakan lencana Proton e.MAS itu akan membuat kemunculan sehari lebih awal, iaitu pada 2 Ogos.
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
Bukan itu sahaja, permohonan tanda dagang nama ‘e.MAS7‘ telah difailkan oleh ejen, Amera binti Mohd Yusof/Amera & Associates Advocates bagi pihak Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd menerusi portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Tanda dagang atas nama e.MAS7 telah didaftarkan menerusi tujuh kategori berbeza pada 13 Jun 2024 dan masih lagi dalam proses menunggu kelulusan dan juga pewartaan.
Berkemungkinan besar nama e.MAS7 akan digunakan pada model pertama Proton e.MAS kerana setakat ini hanya nama itu sahaja yang difailkan ke MyIPO.
Model SUV elektrik ini bukan satu-satunya model yang akan diperkenalkan oleh Proton e.MAS kerana ada dua lagi model yang telah diacah sebelum ini, iaitu sedan dan hatchback kompak.
Apa pun, sama-sama kita nantikan Jumaat ini!
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Proton e.MAS Cars
Foto kredit Theottle
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
KOMEN TERKINI