Pemandu lori yang terbabit dalam nahas lima kenderaan sehingga menyebabkan dua maut terbakar di kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan dekat Sedenak di Kulai, semalam ditahan reman empat hari.
Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Kulai Superitendan Tok Beng Yeow berkata, lelaki tempatan berusia 38 tahun itu direman bermula hari ini hingga Khamis.
Kata beliau, pemandu lori direman empat hari bagi membantu siasatan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Identiti mangsa kedua yang terbakar dalam kemalangan itu masih belum dapat disahkan.
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
Pihaknya juga sedang dalam proses mengenal pasti mayat kedua. Dalam kemalangan ngeri yang membabitkan dua lori dan tiga kereta menyebabkan tiga kenderaan terbakar sehingga 90 peratus dan dua maut di lokasi kejadian.
Seorang mangsa yang maut ialah penumpang Proton Wira yang dikenali sebagai Nur Nazihah Kamalul Arifin, 28.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
KOMEN TERKINI