Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengetatkan pemeriksaan terhadap kenderaan sukan permotoran di negara ini bagi mengelakkan kemalangan mengorbankan seorang pelumba drag di Litar Perlumbaan Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu, Sabtu lalu, berulang.
Menurut Harian Metro, Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata, menerusi kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pihaknya juga akan memastikan setiap pelumba menitikberatkan aspek pemeriksaan teknikal kenderaan sebelum menyertai perlumbaan.
Ujar beliau, sekarang sudah ada kelulusan standard terhadap sukan drif dan drag termasuk spesifikasi kenderaan. Sebelum ini pihaknya tidak pernah mendengar kes kenderaan drif terbabit kemalangan sebegini.
Tambahnya, bagi kes berlaku di Terengganu itu pihaknya akan menyemak dengan PDRM yang menyiasat dari segi pemanduan pemandu dan keadaan jalan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-20 APJM Melaka di Tiang Dua, di Melaka, hari ini.
Hadir sama Naib Presiden Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), Datuk Ahmad Suhaimi Hashim dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam, Adnan Mat.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemalangan yang mengorbankan pelumba drag, Muhamad Hafez Jamal Jamaludin, 40, di Litar Perlumbaan Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu Sabtu lalu.
Beliau berkata, JPJ pada setiap masa tidak pernah memandang ringan khususnya sukan permotoran jenis drif dan drag yang sememangnya berbahaya dan berisiko berlaku kemalangan.
Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 1,000 pemandu ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) di seluruh negara akan dilatih dengan kemahiran dan teknik pemanduan selamat pada tahun depan.
Katanya, pihaknya sudah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan KKM tahun lalu bagi tujuan itu, namun latihan tidak dapat dilaksanakan ekoran pandemik Covid-19.
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
Menurutnya, latihan akan diadakan di empat Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia (APJM) iaitu di Melaka, Kedah, Kelantan dan Johor Bahru dalam usaha menangani kes kemalangan membabitkan ambulans.
Pemandu-pemandu ambulans ini perlu dilatih dengan kaedah atau teknik pemanduan selamat dan berhemah supaya tidak berlaku kes mereka bawa pesakit tetapi mereka sendiri kemalangan.
Dalam pemanduan selamat pihaknya megajar mereka sehingga ke peringkat kasut apa yang perlu dipakai…jika salah pilih kasut dan ketika menekan injak pemecut, ia boleh menjadi penyumbang kepada kemalangan jalan raya.
Latihan ini tidak dapat dilaksanakan tahun lalu ekoran pandemik Covid-19 dan tahun ini pula program begitu padat. Insya-Allah pihak JPJ akan melaksanakannya pada tahun depan.
Menurutnya, APJM bukan saja tertakluk kepada pegawai dan anggota JPJ, sebaliknya terbuka kepada mana-mana pihak yang ingin menimba ilmu berkaitan kejuruteraan kenderaan dan pemanduan selamat.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit RedLine Underground
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
KOMEN TERKINI