ARKIB

KATEGORI

Buletin

Naik taraf lesen B2 ke B automatik bakal mengundang implikasi buruk

Berita Tempatan

Views

Presiden Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA), Mat Aris Bakar, berkata langkah itu boleh menyebabkan sistem pengambilan lesen kenderaan di negara ini dilihat mundur kerana ia membabitkan kompetensi seseorang penunggang.

“Saya mohon kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menghormati kompetensi seseorang bagi melayakkan dia memandu sesuatu kelas kenderaan di Malaysia.

“Apabila bercakap mengenai kompetensi, ia bertentangan dengan pengalaman kerana pengalaman itu bersifat subjektif, mungkin dia ada lesen B2 tetapi dia tidak pernah menunggang (motosikal berkuasa tinggi), mungkin ada lesen B2 tetapi penunggang itu terdedah kepada kemalangan. Ini membabitkan soal nyawa,” katanya kepada BH, hari ini.

Semalam, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata cadangan menaik taraf lesen memandu motosikal bagi Kelas B2 kepada B, secara automatik akan dibawa kepada Kementerian Pengangkutan untuk diteliti terlebih dahulu.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Timbalan Perdana Menteri berpendapat, tidak ada masalah berhubung cadangan itu kerana penunggang motosikal yang mempunyai lesen Kelas B2 memang memiliki pengalaman menunggang kenderaan berkenaan.

Mat Aris berkata, setakat ini belum ada mana-mana negara memberi kemudahan menaik taraf kelas lesen memandu secara automatik.

“Kerajaan harus menghormati dan memahami, kita bukan memandu di Malaysia sahaja, ada dalam kalangan pemandu dan penunggang tempatan yang pergi ke luar negara.

“Jadi dalam keadaan kita nak memartabatkan kurikulum (kelas memandu) dan kompetensi (pemandu serta penunggang) supaya lesen memandu Malaysia diiktiraf dan kalau cadangan ini dibuat secara terburu-buru, saya bimbang lesen memandu Malaysia mungkin tidak diiktiraf di negara luar,” katanya.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Justeru, beliau berharap supaya perkara itu diperhalusi terlebih dahulu bukan sahaja dalam kalangan pembuat dasar, malah dengan pihak industri yang terbabit secara langsung dalam isu berkenaan.

Sementara itu, pakar pengangkutan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Law Teik Hua, tidak bersetuju dengan cadangan terbabit kerana kemahiran membawa motosikal berkuasa rendah dan berkuasa tinggi adalah berbeza.

Katanya, menunggang motosikal berkuasa besar memerlukan kemahiran yang perlu dipelajari.

“Saya tidak sokong kerana mereka yang ingin menunggang motosikal berkuasa tinggi memerlukan pengalaman yang mencukupi, matang dan perlu mempelajari cara menunggang kenderaan terbabit dengan lebih cermat.

“Sepatutnya, mereka yang ingin mendapatkan lesen Kelas B ini harus mengikuti latihan dan lulus ujian yang dipraktikkan ketika ini. Jadi saya tidak melihat apa faedah jika lesen memandu Kelas B2 ini dinaik taraf kepada Kelas B secara automatik,” katanya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Arinah Holdings (M) Sdn Bhd

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply