ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Corolla GR Sport 2023 dilancar – Kit badan, suspensi dipertingkat, harga RM152,800

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor (UMWT) hari ini melancarkan varian baharu model sedan segmen C-nya, iaitu Corolla GR Sport 2023.

Ia merupakan model keempat dalam siri GR Sport selepas Vios GR Sport, Hilux GR Sport dan Corolla Cross GR Sport. Unit siap bina (CBU) dari Thailand ini djual pada harga RM152,800 (harga atas jalan, tanpa insurans).

Tiga pilihan warna ditawarkan, iaitu Red Mica Metallic, Platinum White Pearl MC dan Attitude Black. Ia didatangkan dengan waranti selama 5-tahun tanpa had perbatuan.

Corolla GR Sport menampilkan visual yang lebih sporty dengan lambang GR-S, jeriji ‘sarang lebah’ dan cermin sisi kemasan hitam berkilat, bampar yang lebih garang, rim aloi dwitona bersaiz 18-inci, skirt sisi, spoiler bampar belakang bersama diffuser.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Di ruangan kabin, ia menampilkan permainan warna dwirona kombinasi hitam dengan jahitan bebenang warna merah pada panel pintu dan tempat duduk, lambang GR pada penyandar kepala, alas kaki dan butang penghidup enjin, serta grafik instrumen digital serta unit inforia dengan elemen warna merah.

Rangkaian kuasanya masih lagi kekal, iaitu enjin empat silinder sebaris 1.8 liter 2ZR-FE yang menjana 138 kuasa kuda dan 172 Nm daya kilas. Kuasa disalurkan menerusi transmisi 7-kelajuan CVT ke gandar roda hadapan.

Corolla GR Sport 2023 bukan satu-satunya model yang diperkenalkan hari ini kerana UMW Toyota Motor turut melancarkan Corolla Altis 2023 yang dipertingkatkan.

Masih kekal dengan penawaran dua varian, Corolla Altis 2023 masing-masing dijual pada harga:

  • Corolla Altis 1.8 E – RM 139,800
  • Corolla Altis 1.8 G – RM 147,800

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Pilihan warna yang ditawarkan adalah Calestite Gray Metallic, Red Mica Metallic, Platinum White Pearl MC, Attitude Black dan warna baharu, Metal Stream ME.

Antara penambahbaikan yang dibuat adalah pada bahagian bawah jeriji selain pilihan rim 16-inci (1.8 E) dan 17-inci dwitona (1.8 G), serta paparan kluster digital penuh bersaiz 12.3-inci.

Dari segi keselamatan, Corolla Altis 2023 masih mengekalkan Toyota Safety Sense yang merangkumi:

  • Sistem Pra-Perlanggaran (PCS)
  • Amaran Keluar Lorong (LDA) dengan Bantuan Stereng
  • Bantuan Jejak Lorong (LTA)
  • Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) kelajuan penuh
  • Pancaran Lampu Tinggi Auto (AHB)

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply