ARKIB

KATEGORI

Buletin

New England Auto Show dibatalkan sekali lagi, kereta tak cukup untuk dipamer

Berita Global

Views

New England International Auto show yang bakal berlangsung pada bulan Januari 2023 di Pusat Konvensyen dan Pameran Boston telah dibatalkan untuk tahun ketiga berturut-turut.

Kali pertama ia dibatalkan adalah akibat pandemik COVID-19 dan yang kedua kerana penganjur tidak mempunyai jumlah kereta yang mencukupi untuk dipamerkan.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Menurut penganjur, edisi 2023 terpaksa dibatalkan berikutan kekurangan inventori kenderaan dari pengeluar dan juga pengedar.

Kata mereka, banyak pengeluar tidak dapat menyertai acara tersebut tahun ini. Oleh yang demikian, pihaknya tidak dapat menjayakan pameran yang meriah dan boleh dinikmati oleh para pengunjung.

Pihak penganjur berjanji akan kembali pada Januari 2024 setelah inventori bertambah pulih. Pada 2020, acara tersebut telah digembar-gemburkan sebagai “bilik pameran kereta baharu terbesar” di rantau tersebut dengan penyertaan lebih 30 jenama.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Pada tahun tersebut, antara pengeluar yang mengambil bahagian antaranya Aston Martin, Cadillac, McLaren, Genesis dan banyak lagi.

Selain itu, kehadiran penonton ke acara tersebut semakin menurun berikutan pertumbuhan pameran perdagangan dalam bulan yang sama. Disebabkan itu juga NAIAS memutuskan untuk mengubah tarikh dan lokasi pameran ke bulan September.

Memandangkan pengeluar kereta ingin memperkenalkan teknologi dan mobiliti baharu, mereka telah beralih kepada acara lain seperti Pameran Elektronik Pengguna (CES), yang turut berlangsung pada bulan Januari.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit New England International Auto Show

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply