ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan Almera 2020 dengan kit badan Drive68 bikin hati warganet cair

Berita Global

Views

Tatkala peminat kereta di Malaysia masih lagi menanti ketibaan Nissan Almera 2020 (N18) yang dikhabarkan bakal tiba tahun ini, warga Thailand dilihat lebih bertuah kerana merasainya lebih awal lagi. Semalam kami ada memuat naik beberapa foto Almera 2020 yang dihias dengan kit badan Drive68 di laman Facebook dan ternyata ia telah berjaya mencuri perhatian warganet.

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

Kit badan Drive68 dihasilkan oleh syarikat Ter Studio yang merupakan pakar rekaan kit badan kustom yang berpangkalan di Thailand. Syarikat ini mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam penghasilan kit badan rekaan tersendiri yang dihasilkan mengikut piawaian kualiti yang tinggi.

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?

Siri kit badan Drive68 turut dihasilkan untuk beberapa model lain, antaranya Toyota Vios, Yaris dan C-HR, Mazda2 dan juga Suzuki Swift. Berbalik kepada kit badan Drive68 untuk model Almera 2020, ia terdiri daripada kit bampar hadapan dwitona yang dilengkapi dengan lampu kabus, skirt sisi, kit bampar belakang dwitona dengan diffuser dan corong ekzos berkembar kemasan krom serta lip spoiler belakang yang dipanggil ‘duck tail‘.

Secara keseluruhan, penampilan Almera 2020 kelihatan lebih anggun, bergaya dan sporty. Maka tidak hairanlah ia telah berjaya ‘mencairkan hati’ ramai warganet yang melihatnya. Mungkin kit badan keluaran Ter Studio boleh dibawa masuk oleh kedai “Ah Beng” pada masa akan datang sebagai alternatif buat bakal pemilik model ini nanti membuat pengubahsuaian.

Jangan buat versi klon palsu sudah la ye, nanti tak pasal-pasal kena saman hakcipta!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini
JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply