ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nombor plat ‘M1M’ catat bidaan tertinggi RM622,000

Berita Tempatan

Views

Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) yang dibuka sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023 iaitu M1M direkodkan dibida dengan harga paling tinggi iaitu sebanyak RM622,000.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata, pada masa sama, NPI yang dibuka untuk bidaan bermula 31 Ogos sehingga 4 September 2023 juga turut merekodkan kutipan hasil keseluruhan sebanyak RM20,091,970.

JPJ berkata, NPI M5M yang berada ditempat kedua tertinggi pula dibida dengan harga RM500,000. Selanjutnya, M8M dengan nilai RM450,000 selain M9M dengan nilai RM402,004 dan M6M dengan nilai RM350,000.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

JPJ berkata, siri M__M ini juga menunjukkan sambutan luar biasa daripada pembida-pembida dengan penyertaan keseluruhan seramai 25,033 orang, sekali gus sebanyak 6,872 pembida berjaya memenangi nombor pendaftaran masing-masing.

Lima nombor paling banyak dibida ialah M101M iaitu seramai 39 orang pembida, M155M (33 pembida) , M51M (32 pemida), M313M (31 pembida) dan M39M (28 pembida).

Hasil pembidaan siri M___M ini yang membawa maksud ‘Malaysia Merdeka‘ juga mendapat sambutan daripada pelbagai pihak bagi menunjukkan semangat dan menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan 2023.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Katanya, JPJ ingin mengucapkan tahniah kepada pembida yang telah menerima keputusan rasmi pada 5 September 2023.

“Terima kasih juga kepada semua pengguna yang telah menyertai bidaan ini bagi mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan pilihan masing-masing melalui Sistem JPJeBid“.

Bidaan nombor pendaftaran melalui Sistem JPJeBid secara dalam talian ini adalah suatu usaha jelas JPJ dalam menyediakan perkhidmatan secara digital kepada seluruh rakyat selaras dengan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply