ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nyanyian lagu “Sampai Jumpa” ibarat pesanan terakhir kru kapal selam Nanggala 402

Berita Global

Views

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erix Soekamti (@erixsoekamti)

Tragedi malang yang menimpa kru kapal selam KRI Nanggala 402 merupakan berita duka yang menimpa seluruh rakyat Indonesia. Tambah memilukan, tular pula satu kilp video yang memaparkan mereka sedang berkumpul sambil menyanyikan lagu berjudul “Sampai Jumpa” beramai-ramai.

Menurut portal MalaysiaGazette, video tersebut dikongsi oleh penyanyi lagu berkenaan, Erix Soekamti menerusi laman sosial Instagram miliknya. Dalam video itu, kelihatan salah seorang daripada mereka sedang memetik gitar sementara rakan-rakan lain menyanyikan lagu tersebut sewaktu berada dalam kapal selam itu.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Bait-bait lirik lagu “Sampai Jumpa” yang dinyanyikan mereka berbunyi:

“Datang akan pergi
Lewat ‘kan berlalu
Ada ‘kan tiada bertemu akan berpisah
Awal ‘kan berakhir
Terbit ‘kan tenggelam
Pasang akan surut bertemu akan berpisah
Hey, sampai jumpa di lain hari
Untuk kita bertemu lagi
Kurelakan dirimu pergi
Meskipun ku tak siap untuk merindu
Ku tak siap tanpa dirimu
Kuharap terbaik untukmu”

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Jika dihayati setiap bait lagu itu, ternyata ia seperti membawa maksud mendalam yang menimpa kru tersebut. Ia seakan satu ‘pesanan terakhir’ daripada setiap kru ingin disampaikan buat ahli keluarga, saudara-mara serta insan tersayang yang menanti kepulangan mereka.

Takziah buat keluarga mangsa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply