ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Hilux langgar lampu merah rempuh Myvi – Wanita maut, anak parah

Berita Tempatan

Views

Seorang wanita maut manakala anak perempuannya parah selepas kenderaan dinaiki mereka dirempuh sebuah trak pikap di persimpangan Jalan Temenggong Ahmad dekat Parit Keroma di Muar, pagi tadi. Berita Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.46 pagi itu, mangsa Norain Abu Samah, 41, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada anggota badan.

Anak mangsa, Nur Nabila Alisha Mohd Zalisham, 19, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan cedera parah. Zaharudin berkata, siasatan awal mendapati Toyota Hilux dipandu Gui Chui, 69, dari arah Parit Jawa menghala ke bandar Muar dipandu dengan kelajuan tinggi dan tidak berhenti ketika lampu isyarat merah.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Akibatnya, trak pikap terbabit merempuh Perodua Myvi dipandu Norain yang baru bergerak selepas lampu isyarat di laluannya bertukar hijau. Katanya, akibat kemalangan itu Toyota Hilux berkenaan terbabas dan masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar empat lagi kenderaan lain.

Seramai 14 lagi mangsa yang menaiki empat kenderaan berbeza terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan. Sampel darah dan air kencing pemandu Toyota Hilux berkenaan dihantar ke Jabatan Kimia untuk saringan alkohol dan dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Rakaman video kemalangan terbabit berdurasi 23 saat tular di media sosial sejak pagi tadi. Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, seramai 13 anggota bomba, satu jentera LFRT, satu jentera EMRS dan dua unit RIM daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar dihantar ke tempat kejadian.

Tambahnya lagi, kemalangan turut melibatkan enam kenderaan iaitu Perodua Myvi, Nissan Grand Lavina, Nissan Urvan, Van Ford Spectron dan dua pikap. Operasi kemudian ditamatkan pada jam 9.08 pagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply