ARKIB

KATEGORI

Buletin

ORA GOODCAT warna baharu ‘Pistachio Green’, ORA 07 dan TANK 300 tiba di Malaysia

Berita Tempatan

Views

GWM Malaysia menerusi satu kenyataan mengumumkan, stok baharu warna Pistachio Green untuk  ORA GOOD CAT varian 500 Ultra yang diperkenalkan Mei tahun lalu, telah pun tiba di Malaysia.

Bukan itu sahaja, dua lagi model baharu GWM tahun ini, iaitu ORA 07 dan GWM TANK 300 telah pun selamat tiba di Malaysia.

Model EV coupe, ORA 07 bakal dilancarkan pada suku pertama (Q1) tahun 2024. Selain itu, model SUV lasak paling popular d yang paling dinantikan, TANK 300 juga bakal diperkenalkan pada tahun ini.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

ORA 07 turut dikenali sebagai Lightning Cat di China dan ia dibangunkan dari pelantar Lemon E dari GWM. Ia telah dilancarkan secara rasmi di Thailand pada awal bulan ini dan ditawarkan dalam dua pilihan varian, iaitu:

  • ORA 07 Long Range – Motor elektrik tunggal berkuasa 201 kuasa kuda dan 340 Nm daya kilas pacuan roda hadapan (FWD), kelajuan maksima 170 km/j, bateri jenis litium ternary 83.5 kWj, jarak pandu 640 km (NEDC).
  • ORA 07 Performance – Dwimotor elektrik berkuasa 402 kuasa kuda dan 680 Nm daya kilas pacuan semua roda (AWD), pecutan dari 0 ke 100 km/j hanya 4.3 saat, kelajuan maksima 180 km/j, bateri jenis litium ternary 83.5 kWj, jarak pandu 550 km (NEDC).

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Dari segi rekaan, ORA 07 menampilkan gaya retro moden dan sekilas pandang ia boleh dikatakan sebagai hasil kacukan antara model Volkswagen Beetle dan Porsche Panamera.

Ukuran dimensinya pula adalah 4,871 mm panjang, 1,862 mm lebar dan 1,500 mm tinggi. Ini bermakna, ia bakal menjadi pesaing kepada Tesla Model 3 Highland dan juga BYD Seal.

TANK 300 pula ditawarkan dalam dua pilihan varian di pasaran China, iaitu versi dengan enjin petrol 2.0 liter turbo dan rangkaian kuasa hibrid ringkas 48 volt.

Enjin petrol 2.0 liter turbonya mampu menjana 227 PS dan 387 Nm daya kilas. Kuasa disalurkan menerusi transmisi automatik 8-kelajuan bersama sistem pacuan empat roda (4WD) dengan beberapa pilihan mod pemanduan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply