ARKIB

KATEGORI

Tular

Biarkan budak keluar kepala dari ‘sunroof’ dan langgar lampu isyarat merah, polis cari pemandu BMW

Tular

Views

Polis sedang mengesan pemilik kereta yang membiarkan dua kanak-kanak mengeluarkan kepala melalui bumbung suria (sunroof) ketika kenderaan bergerak di atas jalan raya.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Jalan Persiaran Putra Perdana, Putra Heights, di Subang Jaya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya mengesan kejadian itu menerusi satu video berdurasi 29 saat yang dimuat naik melalui aplikasi X @anthraxxx781.

Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 3.23 petang, 12 Februari (Isnin) di Persiaran Putra Perdana, di Subang Jaya.

Video kejadian dirakam kamera pemuka (dashcam) milik pengadu di mana keretanya berada di belakang kenderaan terbabit. Semakan mendapati pemilik kereta merupakan warga tempatan dan tinggal di Putra Heights.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu kecuaian terhadap kanak-kanak.

Seterusnya, tindakan saman juga akan diambil terhadap pemandu terbabit kerana melanggar lampu isyarat merah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh salurkan ke Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya melalui talian 03-78627100. Segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply