ARKIB

KATEGORI

Spyshots

PANAS: Kerangka Proton X70 MC2 tertiris, sah memang versi kembar Geely Boyue Pro/Azkarra!

Foto Intip

Views

Ini foto yang paling panas dan baharu sahaja dimuatnaik menerusi akaun Facebook rakan sekutu kami, The Ajerul sebentar tadi.

Tatkala kami baharu sahaja menyiarkan foto intip terawal Proton X70 MC2, kelibat kerangkanya (Body In White – BIW) dari dalam kilang akhirnya tertiris jua!

Dari apa yang kita dapat lihat, sudah terang lagi bersuluh, X70 MC2 adalah versi kembar kepada Geely Boyue Pro di China atau Azkarra di pasaran Filipina!

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Paling ketara adalah bentuk hud dan lekuk bentuk muncungnya yang seiras dengan kedua-dua model tersebut. Bentuk belakangnya pula boleh dirujuk menerusi foto intip yang kami siarkan menerusi artikel pagi tadi.

Menurut info terkini dari ejen perisik Mat Bond, rekaan hadapan X70 MC2 akan menggunakan elemen jejalur busur atau “Ethereal Bow” dan kemasan corak “Infinite Weave” pada jeriji dengan butiran berlian seperti model X90.

Ia juga akan menggunakan lampu hadapan jenis LED rekaan baharu mirip X90 dan berkemungkinan besar ia merupakan unit yang sama seperti Boyue Pro dan Azkarra.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Tambah Mat Bond, bahagian dalamannya turut mengalami perubahan dengan menampilkan rekaan papan pemuka serba baharu.

Selain X70 MC2, Proton juga sedang mempersiapkan sebuah lagi model yang dikemaskini iaitu X50 RC1. Ada kemungkinan X50 RC1 akan turut mengalami perubahan kosmetik kecil dan diberi beberapa penambahbaikan.

Kata Mat Bond lagi, fasa pengeluaran model X70 MC2 dan X50 RC1 dijadualkan sebulan selepas pengeluaran massa model sedan S50 (SS11) yang dijangka pada bulan Oktober nanti.

Ini bermakna S50 (SS11) berkemungkinan akan dilancarkan sekitar November, manakala X70 MC2 dan X50 RC1 pula akan menyusul sebelum akhir tahun atau selewat-lewatnya Januari 2024.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit The Ajerul

Foto kredit Fakhri Abdullah

Foto kredit Geely Boyue Pro

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply