ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pelajar tunggang Honda C100 maut langgar lembu melintas

Berita Tempatan

Views

Seorang pelajar lelaki maut selepas motosikal ditungganginya melanggar seekor lembu di Jalan Kampung Kota Bukit dalam mukim Jeneri, di Sik semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa, Abdul Hameen Abdul Rahman, 14, mengalami kecederaan parah pada kepala dan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Sik (HDS).

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeneri menghembuskan nafas terakhir di Bahagian Kecemasan HDS kira-kira pukul 9.35 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa menunggang motosikal jenis Honda C100 dari arah Kampung Langgok ke Kampung Kota Bukit.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai melanggar seekor lembu yang tiba-tiba melintas jalan menyebabkan mangsa terjatuh dari motosikalnya.

Mangsa mengalami kecederaan parah pada kepala dan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di HDS.

Kata beliau, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik HDS untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply