ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen Golf GTI 2023 dikemaskini dengan ciri IQ. Drive – Harga RM244,990

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini memperkenalkan Golf GTI yang dikemas kini dan dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemandu (ADAS), IQ. Drive.

Golf GTI 2023 ditawarkan pada harga cadangan RM244,990 termasuk penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, serta jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama lima tahun.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Lima warna pilihan ditawarkan iaitu dua warna metalik Kings Red dan Atlantic Blue, satu bukan metalik iaitu Moonstone Grey, manakala dua lagi warna mutiara, Deep Black dan Oryx White, tanpa sebarang penambahan harga.

Dari luar, Golf GTI mudah dikenali dengan jeriji hadapan jenis sarang lebah dan kemasan GTI berwarna merah. ‘Hot hatch‘ ini juga didatangkan dengan rim aloi Richmond bersaiz 18-inci bersama angkup brek berwarna merah, serta lampu utama dan belakang jenis LED.

Ia dijana oleh enjin 2.0 liter TSI turbocas empat-silinder yang menghamburkan 245 PS dan 370 Nm daya kilas. Enjin ini digandingkan pula dengan transmisi dwicekam (DSG) tujuh-kelajuan.

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan sistem IQ. Drive yang merangkumi beberapa ciri keselamatan termaju seperti:

  • Bantuan Kembara dan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Bantuan sisi (pemantau titik buta)
  • Amaran Lintasan Belakang
  • Bantuan Hadapan (Brek Kecemasan Autonomi – AEB)
  • Bantuan Lorong
  • Panduan Lorong Adaptif

Selain itu, Golf GTI 2023 kini dilengkapi beberapa ciri baharu seperti lampu kabus, cermin sisi boleh laras bersama ciri pemanas dan tujuh beg udara.

Menurut Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter, pihaknya sentiasa komited untuk meningkatkan tahap keselamatan kenderaan menerusi kemajuan dari segi rekaan dan teknologi seperti sistem IQ. Drive.

Tambah beliau, ciri keselamatan baharu pada Golf GTI terkini merupakan satu lagi bukti komitmen mereka untuk menawarkan tahap keselamatan serta prestasi kepada para pemilik.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply