ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu Audi TT putih berjaya diberkas

Berita Tempatan

Views

Baru je tadi kami menyiarkan artikel mengenai video insiden samseng jalan raya yang dikatakan menghalang seorang pemandu wanita mengandung tujuh bulan sambil menunjukkan tanda lucah, selain merakam gambar mangsa. Berita Harian hari ini melaporkan, pihak polis sudah berjaya menahan seorang lelaki yang merupakan pemandu kereta Audi putih itu.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi Jumaat lalu dan videonya telah tular di Facebook semalam, dan wanita yang menjadi mangsa kejadian tersebut telah membuat laporan di Balai Polis Johor Jaya pada jam 9.41 pagi, hari sama.

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah, berkata susulan laporan mangsa, polis menjalankan siasatan termasuk meneliti kenderaan digunakan suspek. Hasilnya, pihaknya dapat menahan suspek lelaki berusia 27 tahun di sekitar Permas Jaya pada jam 12 tengah semalam.

Menerusi satu kenyataan malam tadi beliau memaklumkan, penahanan dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506/509 Kanun Keseksaan.Terdahulu tular di Facebook video berdurasi empat minit 28 saat memaparkan seorang pemandu kereta Audi putih menghalang seorang wanita sambil menunjukkan isyarat lucah, selain merakam gambar mangsa.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Dalam rakaman video yang berdurasi empat minit 28 saat itu, kelihatan seorang pemandu wanita melalui Giant Plentong sebelum tiba-tiba dipintas sebuah Audi TT putih yang kemudiannya memberhentikan kereta berkenaan.

Seorang lelaki kemudiannya keluar dari kereta tersebut berhampiran Shell Plentong sambil berkata ‘Bengong, tau bawa kereta tak tau…’ menyebabkan wanita berkenaan turut membalas dengan mengatakan hanya memandu di dalam lorongnya. Lelaki berkenaan kemudiannya mengambil gambar mangsa sebelum menunjukkan isyarat lucah dan beredar.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply