ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai bakal perkenal 13 model ‘mesra alam’ menjelang 2022

Berita Global

Views

Hyundai Motor America mula mengorak langkah ke arah elektrifikasi setelah mengumumkan perancangan untuk menggandakan barisan model ‘mesra alam’ mereka menjelang 2022. Pengeluar tersebut walaubagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut, namun mengesahkan mereka bakal memperkenalkan “13 kenderaan dengan bahan bakar alternatif menjelang 2022.” Kesemua model ini akan ditawarkan dengan penjana hibrid, hibrid plug-in dan elektrik.

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

Antara model yang bakal diperkenalkan nanti adalah enam sedan dan tujuh crossover. Sebahagian daripada model tersebut telahpun diumumkan, salah satu daripadanya adalah model sedan Sonata Hybrid 2020. Model spesifikasi Amerika Syarikat akan diperkenalkan awal tahun depan dan ia mungkin mempunyai spesifikasi yang sama seperti versi Korea yang dijana enjin 2 liter petrol, sebuah motor elektrik dan transmisi enam-kelajuan automatik.

Selain Sonata Hybrid, satu lagi model ‘mesra alam’ bakal membuat kemunculan mereka di Los Angeles Auto Show, Ioniq facelift yang bakal tampil dengan beberapa versi termasuklah elektrik, hibrid dan hibrid plug-in. Ia bakal menampilkan beberapa pembaharuan dan perubahan yang paling besar telah dilakukan pada Ioniq elektrik yang akan mempunyai pek bateri lebih besar dan pengecas yang lebih berkuasa.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Baki sembilan lagi model akan menyusul dalam tempoh tiga tahun akan datang. Buat masa ini tiada pengesahan dibuat, namun besar kemungkinan salah satu daripadanya adalah model Tucson hibrid, yang akan digayakan semula dan bakal berkongsi penjana yang sama dengan Sonata.

Naib Presiden, Produk, Korporat dan Perancangan Digital Hyundai Motor America, Mike O’Brien berkata, mereka akan terus menawarkan penjana dengan bahan bakal alternatif menerusi beberapa pilihan produk memandangkan industri kini berubah untuk memenuhi kehendak pelbagai pelanggan dan masyarakat yang cakna dengan kepentingan alam sekitar.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply