ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pengguna dapat manfaat segera dari pengambilalihan empat lebuh raya – Lim Guan Eng

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pengguna lebuh raya akan menerima manfaat dengan pantas, iaitu penjimatan bayaran tol susulan keputusan kerajaan mengambil alih empat lebuh raya utama.

Katanya, menerusi langkah ini pengguna lebuh raya akan membayar caj kesesakan lebih rendah yang mampu memberi mereka penjimatan sebanyak RM180 juta setahun. Secara prinsipnya kerajaan akan memberikan diskaun sehingga 30 peratus pada waktu luar puncak dan kadar percuma pada waktu bukan puncak.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada

Beliau berkata, tempoh konsesi juga tidak akan dilanjutkan tetapi akan tamat seperti yang termeterai dalam perjanjian konsesi sedia ada. Selepas perjanjian tamat, caj kesesakan akan dikurangkan lagi bagi menampung kos operasi dan penyelenggaraan lebuh raya sahaja tanpa mengandungi sebarang unsur keuntungan.

Guan Eng berkata, tawaran pengambilan bersyarat ini, apabila diluluskan oleh pemegang saham dan pemiutang empat pemegang konsesi lebuh raya, masih tertakluk kepada kelulusan daripada jemaah menteri. Ia telah dinyatakan secara jelas dalam kenyataannya pada 22 Jun lalu, selepas Jemaah Menteri meluluskan secara prinsip pada 27 Februari, serta kelulusan Perdana Menteri atas tawaran terbabit pada 20 Jun.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada

Ini sejajar dengan usaha memenuhi komitmen kerajaan seperti dinyatakan dalam manifesto pilihan raya untuk mengambil alih konsesi lebuh raya dan beransur-ansur mengurangkan kadar tol, bagi meringankan beban rakyat.

Kementerian Kewangan sudah mengemuka tawaran bersyarat, tertakluk kepada kelulusan Kabinet, untuk mengambil alih empat lebuh raya iaitu Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) dan Terowong SMART, dengan kos kira-kira RM6.2 bilion.

Dengan pengambilalihan ini, kerajaan dijangka dapat menjimatkan kira-kira RM5.3 bilion sebagai bayaran wang pampasan selain penjimatan bayaran tol oleh pengguna lebuh raya sehingga RM180 juta setahun.

JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply