ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Iriz R5 bakal buat kemunculan di Goodwood Festival of Speed awal bulan depan

Berita Global

Views

Mellors Elliot Motorsport (MEM) bakal mempamerkan Proton Iriz R5 di Goodwood Festival of Speed yang akan berlangsung pada 4 hingga 7 Julai 2019. Ia merupakan kemunculan pertamanya secara umum sejak dihomologasi oleh FIA.

Jentera pacuan empat-roda, 1.6-liter turbo ini merupakan contoh spesifikasi terkini R5 yang bakal diratifikasi oleh FIA, sekaligus melayakkannya untuk digunakan di semua peringkat dalam sukan tersebut, termasuklah Kejohanan Rali Dunia FIA.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada

Proton Iriz R5 yang direka, dibina dan dibangunkan oleh Mellors Elliot Motorsport (MEM) akan dipertontonkan kepada umum dan akan turun beraksi dalam Forest Rally Stage yang turut berlangsung sepanjang empat hari festival tersebut.

Sejak kejayaan Proton Satria S2000 pada 2011 dan 2012, MEM yang diterajui oleh Pengarah Urusannya Chris Mellors mula membangunkan model baharu yang menepati peraturan semasa rali dunia dan pada 2017, mereka telah berjaya menghasilkan Iriz R5.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada

Jentera tersebut tidak perlu menunggu masa yang lama dan berjaya memenangi Rali Grizedale walaupun pada ketika itu ia masih lagi berada pada fasa prototaip. Pembangunan model tersebut kemudian diteruskan sehingga menjadikannya sebuah jentera rali R5 yang lengkap.

Bekas juara dunia, Marcus Gronholm telah membantu pembangunan jentera ini bagi memastikannya bersedia untuk kejohanan dunia dan melepasi proses yang ketat bagi melayakkannya untuk mendapat kelulusan penuh dalam kategori R5. Yang menariknya, jentera ini merupakan satu-satunya R5 yang lulus homologasi untuk pemanduan sebelah kanan dan juga kiri, serta layak untuk bersaing dalam kategori WRC2.

Chris Mellors ternyata amat teruja dengan pembangunan jentera ini dan tiga unit lagi Iriz R5 yang ditempah telah meninggalkan bengkel mereka di Derbyshire. Setakat ini semakin banyak pihak telah menunjukkan minat mereka pada Iriz dan semakin meningkat sejak mereka mendapat kelulusan Homologasi FIA.

JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply