ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penjualan Yaris ATIV dihentikan sementara di Thailand, tiada dalam senarai model di laman sesawang rasmi

Berita Global

Views

Toyota Motor Thailand (TMT) buat sementara waktu ‘mengeluarkan’ Yaris ATIV daripada senarai model yang di laman sesawang rasminya.

Ini berikutan pengumuman daripada pihak Daihatsu Co. Ltd pada 28 April lalu,  berhubung dengan ‘ketidakaturan prosedur‘ ujian membabitkan empat model termasuklah Perodua Axia baharu.

Anak syarikat Toyota itu memaklumkan, kemasan pintu pada kenderaan yang terjejas telah diubah suai dengan ‘takuk’ (notch), bagi meminimumkan risiko semasa ujian perlanggaran sisi.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Toyota sebelum ini mengumumkan bahawa model tersebut telah diuji semula secara dalaman di hadapan badan pensijilan Jepun dan tidak mengubah suai mana-mana kereta.

Kumpulan pelanggan yang telah membeli Yaris ATIV sebelum ini boleh terus menggunakan kereta tersebut. Namun, TMT perlu menghantar kereta untuk menjalani ujian semula di Jepun di hadapan saksi.

Oleh yang demikian, mereka perlu menghentikan penjualan dan penyerahan model tersebut buat sementara waktu.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Difahamkan, setelah segalanya selesai, model itu akan kembali dijual dan dihantar seperti biasa manakala segala maklumat berkaitannya juga akan dimuatnaik semula di laman sesawang rasmi.

Sementara itu di Malaysia, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad memaklumkan, Axia baharu adalah selamat tanpa perlu dibuat panggilan semula dan penghantarannya akan diteruskan kepada para pelanggan.

UMW Toyota Motor pula menerusi satu kenyataan ringkas memaklumkan bahawa penjualan Toyota Vios serba baharu akan diteruskan kerana tiada masalah dengan standard keselamatan dan kualiti kenderaan tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Car News Update

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply