ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Saga tiba-tiba ‘meletup’ angkara tong gas

Berita Tempatan

Views

Sebuah kereta ‘meletup’ secara tiba-tiba dipercayai berpunca daripada sebuah tong gas petroleum cair (LPG) yang ditinggalkan di dalam kenderaan terbabit di tempat letak kereta Pangsapuri Dahlia di Bentong semalam.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, kejadian kira-kira pukul 12.19 tengah hari itu menyebabkan kereta Proton Saga berkenaan remuk pada semua bahagian dan semua cermin pecah akibat letupan.

Jelas beliau, letupan berpunca daripada tong gas LPG yang diletakkan di dalam kereta jenis Proton Saga dengan nombor pendaftaran QTL8401 atas nama Low Hock Ming, 46.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Setakat ini, pemilik kenderaan tidak dapat dihubungi. Namun, hasil maklumat orang awam menyatakan pemilik kenderaan bekerja di sebuah syarikat pembinaan.

Jelasnya, tiada kecederaan dan kemalangan nyawa semasa kejadian, dan tiada unsur jenayah berkaitan. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply