ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton terus catat pertumbuhan jualan pada April – X50, Persona dan Exora jadi peneraju segmen

Berita Tempatan

Views

Proton terus mencatatkan pertumbuhan jualan tahun ke tahun untuk bulan keempat berturut-turut. Syarikat itu telah berjaya menjual sebanyak 9,415 unit (domestik dan eksport) pada April 2023, meningkat 6.5 peratus berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Ini menjadikan jumlah jualan sebanyak 49,702 unit untuk empat bulan pertama tahun 2023, bersamaan dengan pertumbuhan sebanyak 39.8 peratus berbanding tahun 2022.

Pegangan pasaran Proton bagi bulan April pula dianggarkan 20.4 peratus, sekali mengekalkan tempat kedua dalam carta jualan automotif nasional.

Secara keseluruhannya, jualan pada bulan April menyusut lebih 41.4 peratus selepas rekod tertinggi baharu yang dicatatkan pada bulan Mac kerana Jumlah Jualan Industri (TIV) dianggarkan berjumlah 46,203 unit.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Penurunan ini adalah disebabkan oleh tempoh cuti dan penamatan tempoh penyerahan untuk pesanan yang dibuat semasa skim insentif bebas cukai PENJANA.

Tiga model Proton terus menjadi peneraju segmen keseluruhan untuk tahun ini, iaitu X50, Persona dan Exora. X50 kekal sebagai SUV segmen B terlaris dengan 2,644 unit diserahkan pada bulan April dan masih menjadi SUV terlaris di Malaysia.

Sebanyak 1,263 unit Persona diserahkan pada bulan lepas, sekali gus mengekalkannya sebagai peneraju keseluruhan bagi pasaran sedan segmen B selepas empat bulan.

Exora pula terjual sebanyak 465 pada April dan masih kekal sebagai peneraju jualan bagi MPV segmen C dengan 1,559 unit terjual setakat ini.

Saga pula masih mendahului semua model dari segi jualan dengan 3,949 unit diserahkan, menjadikan jumlah jualan sebanyak 21,395 unit untuk tahun 2023.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

X70 dan Iriz pula masing-masing diserahkan sebanyak 756 unit dan 338 unit, meletakkan mereka di tempat ketiga dan keempat dalam segmen masing-masing.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Roslan Abdullah, Proton menjadi satu-satunya jenama yang mencapai pertumbuhan jualan berbanding bulan April 2022.

Dengan pelancaran X90 secara rasmi oleh Perdana Menteri pada 7 Mei, Proton akan mempunyai tiga model SUV serta model sulungnya dalam pasaran Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) tidak lama lagi.

Sementara itu, jualan eksport Proton mencatatkan bulan terbaik untuk tahun ini dengan 187 unit dihantar ke pasaran luar negara.

Selepas empat bulan, model eksport paling popular ialah Saga diikuti dengan X50 dan X70. Jumlah jualan eksport untuk empat bulan pertama tahun ini kini berjumlah 603 unit.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply