ARKIB

KATEGORI

Buletin

Peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza – Pemuda dari Gombak menang Yamaha Y15ZR

Berita Tempatan

Views

PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) telah meraikan pemenang pertama untuk peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza 2019 semalam. Peraduan yang bermula 11 Mac itu masih berlangsung dan akan tamat pada 30 September.

Peraduan itu menawarkan hadiah utama sebuah ‘superbike’ Yamaha R6 dan hadiah kedua sebuah Yamaha R25. Selain itu peraduan ini juga memberi peluang pemenang bulanan membawa pulang sebuah motosikal popular Yamaha Y15ZR di samping hadiah saguhati berupa tiket pentas utama MotoGP Sepang.



JOM BACA >> Iriz dan Persona 2019 : Proton cetuskan ‘perang harga’ dengan Perodua?

Hardeep Singh , CEO PLMM yang menyampaikan hadiah bulanan itu berkata, mereka sangat berpuashati dengan sambutan yang diberikan kepada peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza. Penjualan juga meningkat kerana minyak pelincir PETRONAS Sprinta semakin dikenali dan dipercayai kerana mutu dan kualitinya tanpa mengira model motosikal dan kapasiti.

Pemenang hadiah bulanan, Sahrulnaim bin Sahrahan berasal dari Gombak, Kuala Lumpur berkata beliau amat bersyukur dan berterima kasih kepada PETRONAS Sprinta kerana menganjurkan peraduan yang sangat menarik ini. Minyak pelincir PETRONAS Sprinta sudah pasti menjadi pilihannya kerana terbukti membuat enjin motosikalnya terasa lebih ringan dan lancar.

JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona 2019 dilancar – Lebih segar dan pintar, harga dari RM36,700

Pesta PETRONAS Sprinta 2019 akan berlangsung selama dua hari 26 – 27 April (Jumaat dan Sabtu) di Jalan Sentul (berdekatan NKS Sports Biker) adalah anjuran bersama Syarikat Perniagaaan KF (pengedar rasmi utama PETRONAS Sprinta) dan PLMM.

Pelbagai hadiah dan cenderahati menanti pembeli minyak pelincir PETRONAS Sprinta di acara ini. Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, layari laman media sosial Facebook PETRONAS Sprinta Malaysia dan Instagram @petronas_sprintamy.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply