ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pergerakan rentas negeri bagi rakyat yang terkandas di kampung bakal bermula Khamis depan

Berita Tempatan

Views

Dalam sidang media harian Majlis Keselamatan Negara (MKN) oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) petang tadi, beliau memaklumkan tarikh pendaftaran untuk membuat perjalanan rentas negeri telah berakhir semalam.

JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D

Kata beliau, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima lebih daripada 500,000 permohonan daripada rakyat Malaysia yang terkandas di kampung untuk pulang ke bandar dan sebagainya. Oleh itu, katanya PDRM akan menyediakan jadual perjalanan dan membuat kenyataan media bagi memberikan penjelasan yang lebih terperinci.

Menurut beliau, pergerakan akan bermula pada Khamis depan 7 Mei 2020 dan dijangka berakhir pada 10 Mei 2020. Dalam masa yang sama beliau mengingatkan kepada kakitangan kerajaan bahawa tidak perlu tergesa-gesa untuk pulang hari ini atau esok walaupun pejabat akan dibuka pada hari Isnin.

JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix

Ini kerana YBhg Ketua Setiausaha Negara telah pun bersetuju bahawa mereka tidak perlu memulakan kerja pada hari Isnin. Tambahnya, mereka boleh pulang ke tempat kerja berdasarkan hari yang akan ditetapkan oleh PDRM. Sebagai contoh, kalau jadual perjalanan mereka jatuh pada hari Jumaat, maka mereka boleh berkerja pada hari Isnin.

Beliau turut menyeru kepada majikan-majikan dalam sektor swasta supaya memberikan ruang kepada pekerja mereka untuk memulakan kerja berdasarkan jadual yang disediakan oleh pihak polis. Beliau juga berharap agar tiada pekerja yang diambil tindakan oleh majikan masing-masing kerana ini bukan pilihan pekerja mereka tetapi ini adalah berdasarkan jadual yang disediakan oleh PDRM.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya
JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia
JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?
JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply