ARKIB

KATEGORI

Buletin

KPN mahu pemandu mabuk dikenakan hukuman maksimum

Berita Tempatan

Views

Awal pagi tadi kita dikejutkan dengan tragedi kemalangan yang mengorbankan seorang anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya Op COVID-19 dekat Plaza Tol Kajang Selatan angkara pemandu mabuk. Berita Harian melaporkan, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador menuntut hukuman maksimum terhadap pemandu tersebut.

JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D

Kata beliau, siasatan awal polis mendapati kemalangan itu berpunca daripada tindakan pemandu terbabit yang cuai dan dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol. Katanya, tindakan undang-undang akan diambil terhadap pemandu berkenaan dan beliau berharap pemandu tersebut akan dikenakan hukuman maksimum atas perbuatannya sebagai pengajaran.

Jelas beliau, ada segelintir individu yang tidak menghiraukan langsung keselamatan pengguna dan petugas di jalan raya kerana di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua pergerakan dihadkan. Namun katanya, masih ada lagi yang sempat mengambil minuman keras dan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kemalangan maut.

JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meluangkan masa kira-kira sejam untuk menziarahi jenazah Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail, di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang. Koperal Safwan, 31, terkorban selepas sebuah Toyota Hilux merempuh sekatan jalan raya berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) pada jam 2.11 pagi tadi.

Abdul Hamid menyifatkan nahas yang mengorbankan anggota polis terbabit sebagai yang amat memilukan, lebih-lebih lagi ia berlaku ketika bulan Ramadan. Beliau difahamkan yang arwah adalah seorang yang cukup baik dan tergolong dalam kalangan anggota polis yang berprestasi tinggi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya
JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia
JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?
JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply