ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua akan perkenal teknologi hibrid, teknologi A.S.A bakal ditawarkan pada model dan varian lebih rendah

Berita Tempatan

Views

Dalam sesi pembentangan laporan prestasi jualan syarikat untuk separuh pertama 2019 semalam, Perodua turut kongsikan beberapa perkara menarik kepada media mengenai perancangan masa depan mereka. Selain perancangan untuk mengeluarkan Myvi GT versi produksi, antara yang disebut adalah mengenai teknologi kenderaan elektrik (EV).

JOM BACA >> Perodua bakal keluarkan Myvi GT

Namun menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, mereka tidak merancang untuk menghasilkannya kerana ia tidak sesuai di negara ini. Jelasnya, Perodua akan memperkenalkan teknologi hibrid yang dirasakan lebih sesuai. Rakan teknikal mereka, Daihatsu sudah pun mempunyai teknologi tersebut yang menggabungkan enjin pembakaran dalaman dan motor elektrik.

Jika anda masih ingat, sebenarnya Perodua telah mempertontonkan teknologi tersebut semasa Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018. Selain itu, Perodua merancang untuk menawarkan teknologi keselamatan Advance Safety Assist (A.S.A) yang kini ditawarkan pada model Myvi dan Aruz pada model dan varian lain yang lebih rendah.

JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital

Menurut Datuk Zainal, Perodua berhasrat untuk menawarkan teknologi keselamatan canggih ini kepada lebih ramai pengguna. Tambahnya, teknologi ini telah berjaya mengurangkan kemalangan kecil sehingga 53 peratus, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Daihatsu di Jepun.

Perodua sememangnya mempunyai perancangan untuk menawarkan teknologi A.S.A untuk varian lain selain Advance. Teknologi keselamatan ini juga akan ditawarkan pada model-model lain yang lebih rendah. Buat masa ini tidak diketahui bilakah perancangan tersebut akan mula dilaksana, tetapi ada desas-desus mengatakan ciri tersebut akan mula ditawarkan pada model Axia varian Advance yang dipertingkatkan pada suku ketiga tahun ini.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza
JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard
JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply