ARKIB

KATEGORI

Info

Perodua Axia generasi kedua (D74A) semakin hampir ke fasa pengeluaran, dijangka akhir bulan ini

Info

Views

Nampaknya dalam diam-diam model generasi kedua (G2) Perodua Axia (namakod D74A) kini sudah semakin menghampiri ke fasa pengeluaran massa.

Menurut info terbaharu yang diterima oleh ejen Mat Bond, model hatchback kompak segmen-A itu dijangka mula dikeluarkan secara besar-besaran selepas perayaan Tahun Baharu Cina, iaitu hujung bulan ini.

Pelancarannya pula berkemungkinan akan dibuat kira-kira sebulan kemudian, iaitu pada akhir bulan Februari 2023.

Seperti yang telah diketahui, Axia G2 (D74A) dibangunkan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) dan seperti sebelumnya juga akan mempunyai kembar di Indonesia, iaitu Daihatsu Ayla/Toyota Agya.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Ia akan ditawarkan dengan empat pilihan varian, iaitu G, X, SE dan AV dan lima pilihan warna iaitu Lava Red (Merah), Ivory White (Putih), Glittering Silver (Perak), Granite Grey (Kelabu) dan Cyan – nama masih belum disahkan (warna baharu).

Axia G2 (D74A) dikuasakan oleh enjin aspirasi alami (NA) versi baharu, namun masih mengekalkan kapasiti enjin dan juga kod lamanya, iaitu 1.0 liter 1KR-VE VVT-i. Enjin ini dipadankan pula dengan transmisi D-CVT yang kini digunakan pada model Myvi faceliftAtiva dan Alza generasi baharu.

Kesemua varian difahamkan akan menggunakan saiz rim yang sama iaitu 14-inci sahaja, manakala reka bentuk dan kemasannya sahaja yang berbeza bergantung kepada varian.

Dikatakan juga dimensi model ini adalah lebih besar berbanding model semasa dan telah pun selesai menjalani ujian kemalangan di Jepun tahun lalu.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Rekaan luarannya menampilkan gaya rekaan terkini Perodua pada model semasa dan masih mengekalkan identiti bampar dengan unsur rekaan “X” seperti model Alza baharu.

Ia turut dilengkapi dengan lampu hadapan jenis LED, manakala di belakang ia masih mengekalkan rekaan lampu unit tunggal (seperti model semasa) dan menggunakan mentol jenis biasa dengan kemasan gelap (smoke).

Di bahagian kabin, ia bakal menggunakan meter jenis digital sepenuhnya dan paparan unit infohibur ‘rekaan terapung’ bersaiz besar. Namun, ciri-ciri tersebut hanya terhad kepada ‘dua varian tertinggi sahaja’.

Varian AV akan dilengkapi dengan enam beg udara dan Bantuan Pemanduan Selamat (A.S.A 3.0) yang merangkumi ciri-ciri seperti Pemantau Titik Buta (BSM) dan Amaran Lintasan Belakang (RCTA), namun tanpa ciri Kawalan Jelajah Adaptif (ACC).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theophilus Chin

Perodua X-Concept

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply