ARKIB

KATEGORI

Info

Kembar Axia (D74A) di Indonesia, Agya dan Ayla generasi baharu akan dijana enjin 1.2 liter?

Info

Views

Agak lama juga kita tidak mendapat khabar berita mengenai model generasi kedua Axia (namakod D74A) kan? Dalam artikel terdahulu, kami pernah membuat spekulasi tentang model yang dibangunkan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) itu.

Sama seperti sebelumnya, Axia (D74A) juga akan mempunyai kembar di Indonesia, iaitu Daihatsu Ayla/Toyota Agya.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Info terbaharu dari portal permotoran di Indonesia, autofun.co.id memaklumkan, kedua-dua model ini akan dikuasakan oleh enjin aspirasi alami (NA) 1.2 liter WA-VE yang menjana 88 PS dan 113 Nm daya kilas.

Enjin yang akan digandingkan dengan transmisi D-CVT ini sebenarnya merupakan unit yang sama yang menjana Daihatsu Rocky dan Toyota Raize di Indonesia.

Dikatakan juga dimensi model ini adalah lebih besar dan telah selesai menjalani ujian kemalangan di Jepun. Axia (D74A) bakal menampilkan gaya reka bentuk serba baharu dengan DNA rekaan terkini Perodua.

 

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Berkemungkinan, model X-Concept yang dipamerkan semasa Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS18) memberi petunjuk awal kepada gaya reka bentuk Axia (D74A).

Ejen perisik Mat Bond berkata, mengikut perancangan model Axia (D74A) dijangka akan memasuki fasa pengeluaran massa pada akhir tahun ini dan pelancarannya akan dibuat pada suku pertama (Q1) tahun 2023.

Tambahnya, Axia (D74A) mungkin ‘diperkenalkan lebih awal’ dari Daihatsu Ayla/Toyota Agya kerana kembarnya itu hanya akan mula memasuki fasa pengeluaran massa pada bulan Mac 2023.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theophilus Chin

Perodua X-Concept

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply