ARKIB

KATEGORI

Tular

Pusat servis Perodua Semambu perjelas isu ‘notis tular’ – Ia cuma galakan dan tak diwajibkan

Tular

Views

Baru-baru ini tular satu hantaran memaparkan foto notis kod etika pemakaian pelanggan di pusat servis kenderaan Perodua di Semambu, Kuantan.

Notis tersebut melarang pemakaian seluar dan skirt pendek, baju tanpa lengan dan seluar jeans koyak ke premis berkenaan.

Foto tersebut telah mencetuskan kontroversi di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan wargamaya.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Walaubagaimanapun, pusat servis itu telah menarik balik notis tersebut dengan segera dan memberikan penjelasan.

Pengurus perkhidmatan pusat servis itu dalam kenyataannya yang disiarkan Sin Chew Daily berkata, pihaknya telah menurunkan notis itu selepas ia tular bagi mengelakkan salah faham.

Keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan pihak ibu pejabat. Katanya, selepas ini pusat servis tersebut akan terus memberikan perkhidmatan seperti biasa, tanpa mengambil kira pakaian pelanggan mereka.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Berkaitan notis itu, dia menjelaskan ia hanya berbentuk galakan dan tidak diwajibkan. Isu tersebut turut menarik perhatian Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong.

Beliau berkata, sekatan melampau menyebabkan Malaysia dilihat sebagai negara yang ketinggalan zaman dan ‘feudal’.

Jelas beliau, syarikat swasta wajar memberi tumpuan terhadap kualiti perkhidmatan kepada pelanggan berbanding mengehadkan kebebasan berpakaian di premis mereka.

Tambahnya, larangan yang berlebihan ini adalah tidak wajar, asalkan pakaian tersebut sesuai dan sopan, sama ada di premis kerajaan mahupun swasta. – Malaysiakini

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto asal kredit Reza Putra Carlos

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply