ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua Myvi dilancarkan di Singapura – Dua varian ditawarkan, harga dari RM197,093

Berita Tempatan

Views

Singapura menjadi destinasi kedua Myvi generasi ketiga selepas Indonesia dan majlis pelancaran model tersebut telah diadakan pada Sabtu lepas di pusat jualan dan servis Perocom Auto Pte Ltd di Ubi. Syarikat tersebut merupakan pengedar sah Perodua tunggal di Singapura.

Di Singapura, Myvi akan menggunakan jenama Perodua dan ia ditawarkan dalam dua varian, 1.3 X AT dan 1.5 H AT. Ia dijual pada harga SGD64,800 (RM197,093) dan SGD69,800 (RM212,301) masing-masing, termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta Sijil Kelayakan (COE).



JOM BACA >> Perodua Bezza Limited Edition dilancarkan – Hanya boleh ditempah di Malaysia Autoshow 2019

Majlis pelancaran di Singapura telah dihadiri oleh seramai 250 orang pelanggan. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata kemasukan Myvi generasi ketiga ke negara tersebut adalah penting bagi Perodua walaupun terpaksa berdepan dengan halangan.

Ini juga menandakan destinasi eksport pertama bagi Myvi di bawah jenama Perodua. Di Indonesia, ia menggunakan lencana Daihatsu dan dinamakan sebagai Sirion. Bilangan kenderaan baharu yang didaftarkan di Singapura berbeza dari tahun ke tahun, iaitu sebanyak 80,281 unit pada 2018, 91,922 pada 2017, 87,504 pada 2016 dan 57,589 pada tahun 2015, berdasarkan statistik Lembaga Pengangkutan Darat (LTA).

JOM BACA >> Tun Dr. Mahathir perkenalkan Iriz dan Persona di Malaysia Autoshow

Walaupun kecil, pasaran automotif Singapura adalah antara yang paling dikawal selia di rantau ini. Pengarah Urusan Perocom Auto Pte Ltd, En John Ng berkata Perodua Myvi mendapat sambutan yang sangat baik di Malaysia, dan di Singapura turut terdapat sekumpulan peminat setia yang menanti-nantikan ketibaannya.

Dilancarkan di Malaysia pada November 2017, Perodua Myvi generasi ketiga merupakan model paling canggih yang dikeluarkan oleh Perodua setakat ini, menawarkan kualiti tinggi, teknologi dan kecekapan bahan api dalam sebuah pakej yang kompak serta bergaya.

Tambahan pula, bahagian upper body Myvi generasi ketiga direka sepenuhnya oleh Perodua. Perocom Auto, pengedar sah Perodua yang tunggal di Singapura sejak 1997, telah menjual Kancil, Kembara, Kelisa, Myvi generasi pertama, Viva, Axia dan Bezza di negara tersebut. Lebih 110,000 unit Perodua Myvi generasi ketiga telah menemui pemiliknya di Malaysia setakat ini.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply