ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

PETRONAS perkuat Mie Racing Honda dalam saingan WSBK

Sukan Permotoran

Views

Pasukan Mie Racing kini diperkuat dengan penyertaan PETRONAS sekali gus menjawab persoalan yang bermain dalam kalangan peminat sukan permotoran dua roda di Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK).

Pemilik Mie Racing, Midori Moriwaki dalam satu hantaran dalam akaun sosial pasukan memberitahu, kerjasama dengan PETRONAS ini adalah satu kebanggaan dan pasukan kini dikenali sebagai PETRONAS Mie Racing Honda.

Pasukan dijadual menyertai kelas WorldSBK disertai Hafizh Syahrin Abdullah yang bakal membuat penampilan untuk tahun keduanya dan Adam Norrodin pula menyertai WorldSSP untuk julung kalinya.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Selain Hafizh turut bersamanya dalam pasukan PETRONAS Mie Racing Honda untuk kelas perdana adalah Eric Granado manakala Adam bergandingan dengan Tarran Mackenzie bagi kelas WorldSSP bersama PETRONAS Mie MS Racing Honda.

“Ia adalah sumber kebanggaan dan kepuasan sebenar bagi pasukan Honda MIE Racing kerana dapat mengumumkan kerjasama bersama PETRONAS untuk tempoh beberapa tahun ke depan dan berharap dapat mengembangkan kehadiran kami dalam kejuaraan ini (WorldSBK) dan pasukan Supersport kami secara bersama,” kata Midori dalam laman Facebook pasukan.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Ini bukanlah kali pertama Mie Racing bergandingan bersama PETRONAS dengan kerjasama antara kedua-dua pihak ini pernah terjalin ketika Grand Prix (GP) Malaysia tahun lalu yang pada ketika disertai Kasma Daniel Kasmayudin, Azroy Hakeem Anuar dan Khairul Idham Pawi (simpanan) atas tiket wildcard.

Sejak daripada itu, tercetus persoalan mengenai pembabitan semula PETRONAS dalam kancah penajaan pasukan sukan permotoran dua roda di peringkat antarabangsa selepas kali terakhir menyertai Kejuaraan Motosikal Dunia pada 2021.

Penampilan PETRONAS ini juga adalah yang pertama kali di WSBK. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Mie Racing Japan dan Moto Xtreme

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply