Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan polis kelmarin, gara-gara memandu kereta milik ibunya tanpa lesen, kelmarin.
Dia dikesan memandu kereta Proton Saga oleh sepasukan anggota polis trafik yang sedang melakukan rondaan di bawah Jambatan Geliga berhampiran Kemaman Waterfront, di Kemaman pada pukul 5.15 petang.
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, pada mulanya remaja itu dikesan memandu secara melawan arus di bawah jambatan berkenaan.
Sebaik sahaja melihat kehadiran kereta peronda polis, dia memecut laju memasuki jalan persekutuan iaitu Jalan Kuantan – Kuala Terengganu untuk melarikan diri.
Kereta Proton Saya dipandu remaja itu akhirnya berjaya berjaya dipintas dan ditahan kira-kira 10 kilometer dari lokasi dia mula-mula ditemui.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
Hanyan berkata, sewaktu melarikan diri, kereta dipandu remaja lelaki tersebut tidak berhenti di lampu isyarat Mak Lagam malah memotong barisan di lampu isyarat Stesen Bas Geliga.
Tambah beliau, remaja itu juga didapati memandu secara melulu dan berbahaya secara ‘zig zag’ di Jalan Kuantan – Kuala Terengganu.
Katanya, anggota polis telah memberi arahan sebanyak tiga kali untuk dia menghentikan kenderaan, namun tidak diendahkan. – KOSMO! ONLINE
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI