ARKIB

KATEGORI

Buletin

Denyu Bostandzhiev dilantik Pengarah Urusan baharu PHSAM dan VPCM mulai 1 Julai 2023

Berita Tempatan

Views

Porsche Holding Salzburg (PHS) Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan Denyu Bostandzhiev selaku Pengarah Urusan Bersama PHS Automotive Malaysia (PHSAM) dan Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), bermula 1 Julai 2023.

Denyu akan mengetuai aspek Jualan, Selepas Jualan dan Pembangunan Rangkaian, Pemasaran serta IT di kedua-dua buah syarikat.

Beliau turut berkongsi kepakaran dari segi strategi perniagaan dan operasi, pembangunan produk dan penjenamaan bagi meningkatkan dan mengukuhkan lagi perniagaan Audi serta Volkswagen di Malaysia.

Beliau akan bergandingan bersama Kurt Leitner yang akan terus menerajui operasi HR dan Kewangan.
Denyu memiliki pengalaman selama 20 tahun dalam industri automotif dan kejuruteraan di tiga benua berbeza.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Sejak tahun 2004, Denyu telah memegang banyak jawatan di tiga buah benua, dengan yang terbaharu sebagai Pengarah Urusan Porsche Ukraine LLC.

Denyu bukanlah asing di Malaysia kerana beliau pernah berada di sini pada tahun 2016 selama dua tahun setengah dan menjadi watak penting dalam memulakan operasi pemasangan model Volkswagen Arteon, Tiguan Allspace dan Golf GTI.

Ia merupakan satu pencapaian bersejarah untuk pasaran tempatan kerana GTI sebelum ini hanya dipasang di Jerman dan China.

Katanya, beliau rasa sangat teruja untuk kembali ke Malaysia serta menawarkan pengalaman premium kepada para pelanggan Audi dan Volkswagen.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Denyu akan menggantikan Erik Winter yang merupakan individu penting dalam memperkenalkan semula jenama Audi di Malaysia sejak Julai tahun lalu.

Untuk jenama Volkswagen, Erik berjaya meningkatkan keyakinan pelanggan menerusi aspek selepas jualan, mengukuhkan rangkaian pengedar dan mengembangkan penawaran produk dalam tempoh tujuh tahun.

Erik bakal dilantik sebagai Pengarah Urusan Porsche Holdings Salzburg di Chile. PHS berperanan menguruskan PHSAM dan VPCM yang merupakan pengedar rasmi kenderaan Audi dan Volkswagen di Malaysia.

Menjadi sebuah syarikat milik penuh Volkswagen Group, PHS ialah peruncit automotif paling besar dan berjaya di Eropah dengan kehadiran di 29 buah negara di Amerika Selatan, Eropah Timur dan Asia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply