ARKIB

KATEGORI

Tular

Polis Johor siasat dua anggota trafik disyaki lakukan pemerasan

Tular

Views

Polis Johor sedang menjalankan siasatan ke atas dua orang anggota trafik yang disyaki melakukan pemerasan terhadap warga Singapura dalam satu kejadian di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru, pada 10 Mac lalu.

Ketua Polis negeri, Komisioner M Kumar, berkata pihaknya mengesan video tular di media sosial Facebook (FB) yang dimuat naik penama Irene Teo dalam halaman ‘Sage‘, semalam.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pihak polis mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap dua anggota polis trafik yang dipercayai melakukan pemerasan berikutan tular dua hantaran video di Facebook, semalam.

“Hantaran video itu turut diulas melalui artikel yang dimuat naik oleh laman sesawang Mothership bertarikh 11 Mac lalu,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, melalui hantaran yang tular itu dipercayai penama ‘Irene Teo’ diarahkan untuk membayar wang sejumlah SGD142 (RM499.40) kepada kedua-dua anggota polis trafik di BSI bagi mengelakkan tindakan saman diambil.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Mangsa dikatakan melakukan kesalahan masuk ke laluan lori di kawasan check point 8A arah Johor Bahru ke Singapura pada 10 mac lalu, kira-kira jam 8.15 malam. Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan.

Bagaimanapun, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan dibuat oleh mangsa berhubung insiden itu dan permohonan rasmi dibuat ke Pejabat Konsulat Singapura di Johor Bahru untuk bantuan mengesan pemilik Facebook ‘Sage’ dan penama ‘Irene Teo’ bagi membantu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323 atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Suhana Abdullah Sadali di talian 019-8853599 atau Inspektor Nizam Ramon di talian 011-16086119. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply