ARKIB

KATEGORI

Tular

Misteri pembeli sebenar ‘Top Secret Gold GT-R’ terungkai, yang pasti bukan TPJ!

Tular

Views

Akhirnya segala ‘teka-teki’ mengenai siapakah ‘pembeli sebenar‘ Nissan GT-R R35 ‘berwarna emas’ yang menerima talaan daripada oleh syarikat terkemuka dari Jepun, Top Secret terjawab.

Jentera yang turut dikenali sebagai ‘Top Secret Gold GT-R‘ itu telah dipamerkan sempena pameran Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 (TAS KL 2023) yang berlangsung minggu lalu.

Sebelum ini, ada desas-desus di alam maya yang mengatakan “Gojira Emas” itu telah dibeli oleh Yang Amat Mulia Tunku Panglima Johor (TPJ), Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri ibni Sultan Ibrahim.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Beliau dilihat seolah-olah sedang ‘berbincang’ dengan pengasas Top Secret, iaitu Smokey Nagata semasa membuat kunjungan ke TAS KL 2023 baru-baru ini.

Misteri tersebut nyaris terungkai setelah Tunku Abdul Rahman menerusi satu hantaran di menerusi ‘Instagram Story‘nya mengumumkan, jentera tersebut telah ‘berada dalam tangannya’.

Sebenarnya beliau hanya ‘berseloroh’, kerana GT-R yang dimaksudkan adalah model skala 1:64 yang berada di tapak tangannya dan berlatar belakangkan sebuah Bugatti Veyron.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Walaubagaimanapun, beberapa foto yang dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook bernama Chan Eu Jin telah merungkai segala misteri yang masih dinanti-nantikan oleh peminat automotif tempatan.

Menurut Chan Eu Jin, foto-foto ini dirakam semasa ‘sesi rundingan’ antara pembeli sebenar dan Smoky Nagata dengan bantuan seorang penterjemah.

Namun tidak dinyatakan siapakah gerangan individu tersebut yang dikatakan seorang warga tempatan dan ‘jumlah’ yang dibayarnya untuk mendapatkan Top Secret Gold GT-R itu.

Setakat artikel ini diterbitkan, hantaran tersebut telah mendapat 129 komen dan 649 perkongsian di Facebook. Tahniah kami ucapkan kepada pembeli tersebut, anda memang seorang pemberani!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Chan Eu Jin

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply