ARKIB

KATEGORI

Buletin

Promosi Ford Ranger raikan Merdeka dan Hari Malaysia

Berita Tempatan

Views

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia semalam telah mengumumkan promosi jualannya bersempena sambutan Merdeka dan Hari Malaysia. Bermula 1 Ogos sehingga 30 September 2019, pelanggan yang membeli Ranger WildTrak atau Ranger Raptor akan mendapat servis kenderaan percuma selama dua tahun.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

Mereka juga akan diberikan PETRONAS Gift Card bernilai RM1,000. Selai itu, pembeli Ranger WildTrak semasa tempoh promosi ini akan turut menerima rebat bernilai RM3,000. Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion, berkata tawaran terbaharu ini memberikan para pelanggan lebih kelegaan dengan penyelengaraan percuma dan ganjaran menarik.

JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka

Kedua-dua varian berserta barisan Ranger yang lain turut didatangkan dengan waranti penuh pengeluar selama tiga tahun atau sehingga 100,000km, yang mana terdahulu. Baru-baru ini Ford Ranger telah dinobatkan sebagai Trak Pikap Terbaik Malaysia 2019 di Frost & Sullivan Asia Pacific Best Practices Awards.

Ranger sebelum ini telah menerima beberapa anugerah termasuk Trak Pikap Terbaik Malaysia Tahun 2019 oleh Cars of Malaysia Awards, Trak Pikap Terbaik oleh D SF.my Allianz Vehicle of the Year (VOTY) Award 2019 (VOTY), Trak Pikap Terbaik Tahun 2018 oleh Malaysia Car Of The Year (COTY), Anugerah Emas untuk Pikap Terbaik 2018 bagi People’s Choice Awards dan Editor’s Choice Award daripada Carlist.my serta Trak Pikap Terbaik Pilihan Editor 2018 daripada Top Gear Chinese.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply