ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton bakal perkenal 3 model bermula 2020 – Sedan, MPV dan SUV

Berita Tempatan

Views

Semalam Berita Harian melaporkan, pengeluar kereta nasional Proton dijangka memperkenalkan beberapa model baharu pada 2020 merangkumi model kenderaan sedan pelbagai segmen, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kenderaan utiliti sukan (SUV). Pengenalan model baharu itu adalah hasil perkongsian strategiknya dengan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely).

Pada 2019, syarikat itu telah memperkenalkan empat model dinaik taraf dan syarikat itu berkemungkinan tidak akan memperkenalkan lagi model dinaik taraf tetapi menumpukan kepada pengeluaran model baharu. Model SUV kompak segmen-B, X50 antara salah satu model yang dijangka bakal dilancarkan pertengahan 2020 selain X70 secara pemasangan tempatan (CKD) yang bakal diperkenalkan pada suku pertama 2020.

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji

Selain itu, difahamkan sebuah model sedan pengganti Preve dan MPV yang bakal menggantikan Exora akan turut diperkenalkan bermula tahun depan. Perkara ini juga seiring dengan perancangan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) yang bakal memperkenalkan barisan penuh produk baharunya tahun hadapan.

Jurucakap Geely yang berpangkalan di China ketika dihubungi BH berkata, firma automotif China itu bakal mempunyai barisan produk penuh pada 2020. Beliau berkata, Geely juga komited dalam memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) dan menyasarkan 90 peratus jualan kenderaan EV bermula 2020.

Jelasnya, Geely ingin menjadikan kenderaan EV sebagai kenderaan yang boleh dimiliki semua. Daripada jumlah itu, 65 peratus jualan adalah dari kereta elektrik plug-in hibrid (PHEV) dan kenderaan elektrik hibrid (HEV). Hanya 35 peratus sahaja jumlah jualan keseluruhan daripada model EV sepenuhnya. Lantaran itu, bagi menyokong peningkatan jualan EV, Geely memperkenalkan jenama Geometry yang akan mengeluarkan model EV sepenuhnya.

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

Sumber yang rapat dengan perkara itu pula berkata, sesetengah model kenderaan dan teknologi Geely itu boleh ditemui dalam model Proton dalam masa terdekat dan perkara itu akan diumumkan secara rasmi pada masa akan datang. Beliau berkata, barisan model baharu Geely itu tidak boleh dipasarkan secara terus oleh syarikat itu berdasarkan perjanjian antara kedua-dua syarikat.

Katanya, untuk pasaran pemanduan sebelah kanan, Geely tidak akan bersaing dengan Proton kerana itu telah termaktub dalam perjanjian bersama. Tambahnya, bagi membolehkan Geely memasuki pasaran Proton atau Malaysia, ia perlu dijenamakan semula seperti yang dilakukan untuk model SUV dari Boyue milik Geely.

Ujarnya lagi, kemungkinan besar model baharu Geely itu kelak akan menjalankan proses yang sama. Penjenamaan semula dan pembangunan berterusan daripada pereka dan jurutera Proton agar sesuai dengan pasaran tempatan. Proton juga bakal mengeluarkan beberapa model baharu yang akan dijenamakan dan diubah suai.

* Setakat yang kami dengar hanya ada satu model baharu akan diperkenalkan tahun depan, X50 manakala model sedan pengganti Preve hanya akan diperkenalkan pada tahun 2022 dan MPV masih tiada khabar berita lagi. Kami akan cuba menghantar ejen Mat Bond untuk merisik maklumat terkini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply