ARKIB

KATEGORI

Info

Proton EMAS hari ini genap satu dasawarsa

Info

Views
Proton Emas Hybrid Concept designed by Italdesign Giugiaro

Apabila Theophilus Chin mengingatkan penulis yang hari ini genaplah sedekad/dasawarsa (10 tahun) model konsep Proton EMAS, tergerak hati penulis untuk menitip sedikit info ringkas mengenai model tersebut. Ini adalah model konsep pertama Proton yang membuat penampilan sulungnya di Geneva Motor Show pada 2010.

Ada tiga (3) versi yang dipertontonkan semasa acara tersebut – EMAS versi 5 pintu, 3 pintu dan versi crossover EMAS Country. EMAS merupakan akromin dari Eco Mobility Advance Solution telah menerima sentuhan dari firma reka bentuk terkemuka Italdesign Giugiaro.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Boleh dikatakan ia merupakan ibu kepada Iriz kerana ada beberapa unsur rekaannya telah diserapkan kepada model berkenaan. Paling ketara adalah pada bahagian belakang dan juga garis badan serta bentuk tingkap sisi.

Sepatutnya, dalam perancangan asal model EMAS versi pengeluaran akan dilancarkan menjelang 2012, namun disebabkan Proton telah dijual kepada DRB-Hicom dan Italdesign Giugiaro pula dibeli oleh kumpulan Volkswagen, ia telah membantutkan perancangan tersebut.

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50

Pada tahun 2013, timbul ura-ura pengenalan semula versi pengeluaran EMAS dengan tersebarnya slaid perancangan Proton. Dengan kod projek Global Small Car (GSC), ia dijangka dikeluarkan bersama-sama dengan model kembarnya Lotus Ciy Car @ Ethos dan ia dikhabarkan berkongsi pelantar dengan Mitsubishi Global Small Car (Mirage).

Mengikut perancangan, EMAS versi Proton akan dijana oleh enjin petrol 1.2 liter dan enjin diesel 1.5 liter yang khusus untuk pasaran India sahaja. Untuk versi Lotus, ia dijana oleh enjin petrol 1.2 liter turbo dan versi Plug-In EV series Hybrid dengan Range Extender. Namun segala-galanya tidak menjadi kenyataan dan hanya tinggal kenangan.

Selamat hari lahir Proton EMAS!

KLIK UNTUK BESARKAN

Proton EMAS

Lotus Ethos

JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply