ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton catat pegangan pasaran tertinggi dalam tempoh 77 bulan

Berita Tempatan

Views

Proton mencatatkan hasil jualan kukuh dalam bulan kedua berturut-turut pada tahun 2020 di mana jualan pada Februari meningkat lebih 80 peratus berbanding tempoh sama pada tahun 2019. Sebanyak 9,974 unit telah didaftarkan, meningkat 17.3 peratus berbanding Januari 2020.

Hasil daripada peningkatan ini, pegangan pasaran Proton untuk bulan tersebut dianggarkan berada pada 23.8 peratus, iaitu catatan tertinggi berbanding Ogos 2013 dan peningkatan 10.3 peratus berbanding Februari 2019.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Tiga model daripada rangkaian semasa Proton menjadi model paling popular dalam segmen masing-masing pada bulan Februari. Persona kembali menguasai carta bagi sedan segmen B dengan jumlah jualan sebanyak 2,653 unit atau hampir dua kali ganda berbanding pesaing terdekatnya.

X70 menjadi SUV paling popular di Malaysia untuk bulan kedua berturut-turut jualan sebanyak 1,973 unit,  di mana pelanggan yang menempah awal X70 2020 sudah mula menerima kereta mereka. Sehingga kini, lebih daripada 7,000 tempahan diterima, membuktikan bahawa permintaan SUV pintar itu di Malaysia kekal kukuh.

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50

Exora turut kekal mendominasi pasaran MPV bagi segmen C, manakala bagi model-model Proton yang lain iaitu Saga dan Iriz turut mencatat jualan terbaik bagi bulan tersebut. Saga kekal menjadi model terlaris syarikat dengan mencatat jualan sebanyak 3,934 unit dan tempahan yang diterima adalah melebihi keluaran.

Sementara itu, Iriz berada di kedudukan kedua untuk kategori hatchback segmen B dengan jualan yang kekal kukuh selepas versi terbaharu model itu dilancarkan pada tahun 2019. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, mereka masih mencatat jualan yang kukuh bagi bulan Februari meskipun rekod Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) menurun berbanding Januari.

Tambah beliau, dengan mengekalkan pertumbuhan jualan syarikat, pegangan pasaran kini mencatatkan yang tertinggi dalam tempoh berbanding 77 bulan yang lalu. Tempahan yang diterima untuk X70 2020 juga amat memberangsangkan sekaligus menaikkan semangat mereka untuk terus melaksanakan perancangan sepanjang tahun ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply