ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Proton X50 dengan spoiler bumbung berbeza, beri petunjuk kepada pilihan varian yang bakal ditawarkan

Foto Intip

Views

Baru-baru ini ujian X50 versi Proton dengan jeriji elemen rekaan busur (Ethereal Bow) dan Infinite Weave berjaya di temui di Ipoh. Nampaknya ada beberapa unit X50 sedang berkeliaran seluruh Malaysia pada ketika ini dan dua daripadanya dengan spoiler bumbung berbeza berjaya diintip ketika sedang berhenti di stesen minyak Petronas.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Foto-foto ini telah dikongsikan oleh rakan pembaca, Muhammad Nabil Izzat dan Faqih Jamaluddin di ruangan komen Facebook kami semalam. Salah satu daripada unit tersebut dirakam ketika sedang mengisi minyak di stesen Petronas, hentian Rehat dan Rawat (R&R) Machap arah utara.

Jika diperhatikan, unit ini mengenakan spoiler bumbung dari model Geely Bin Yue varian biasa. Manakala unit satu lagi menggunakan spoiler bumbung dari model Bin Yue varian Sport. Sebelum ini, kedua-duanya pernah ditemui orang awam di jalan raya dan ia seakan memberi petunjuk, model X50 nanti bakal mempunyai kedua-dua varian tersebut.

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50

Merujuk kepada artikel sebelum ini, ejen perisik kami Mat Bond telah mendedahkan ada ura-ura mengatakan yang model Proton X50 bakal ditawarkan dengan tiga varian sahaja, iaitu:

  • Varian Standard – 1.5 liter Drive E + 7-kelajuan dwi-klac (DCT)
  • Varian Executive – 1.5 liter Drive E + 7-kelajuan dwi-klac (DCT)
  • Varian Premium/Sport (dengan bumbung suria) – 1.5 liter Drive E + 7-kelajuan dwi-klac (DCT)

Apa yang pasti X50 akan dipasang terus di Tanjung Malim dan bakal menerima sentuhan talaan Pemanduan dan Pengendalian (Ride and Handling) Proton kerana unit ujian untuk tujuan tersebut telah berjaya dikesan dalam artikel sebelum ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply