ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton lancar rangkaian minyak pelincir tulen, harga bermula dari RM78

Berita Tempatan

Views

Proton hari ini melancarkan rangkaian produk minyak pelincir yang diformulasi secara ekslusif untuk kereta jenama tersebut.

Terdapat dapat empat gred Minyak Pelincir Proton (PGO) iaitu dari PGO 1 ke PGO 4, yang merangkumi minyak sintetik penuh, minyak separa-sintetik dan minyak pelincir jenis mineral.

Rangkaian minyak pelincir PGO diformulasikan secara spesifik untuk enjin kereta Proton oleh Petronas.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Hadir dengan spesifikasi 5W30 SP, 5W30 SN, 10W30 SN dan tahap kelikatan 15W40 SN dengan API SP dan tahap API SN, kesemuanya boleh didapati di wakil servis Proton yang sah.

Minyak pelincir tersebut juga boleh didapati di stokis alat ganti, walaupun pada waktu ini hanya terhad kepada PGO 3 dan PGO 4.

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, pelancaran minyak pelincir PGO adalah satu langkah baharu syarikat itu untuk menjadi jenama automotif premium di Malaysia.

Tambahnya, minyak pelincir ini dapat memberikan pelanggan perlindungan enjin kepada kereta, termasuklah enjin baharu TGDI yang digunapakai pada SUV keluaran mereka.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Berikut adalah senarai harga Minyak Pelincir Proton (PGO):

Produk PGO 1 PGO 2 PGO 3 PGO 4
Kelikatan, API dan 

spesifikasi

SAE 5W-30, API SP 

ILSAC GF-6A

SAE 5W-30, API SN 

ILSAC GF-5

SAE 10W-30 API SN ILSAC GF-5SAE 15W-40 API SN
Jenis Minyak  

Pelincir

Sintetik penuh Sintetik penuh Separa-sintetik Mineral
Saiz 5-liter 4-liter 4-liter 4-liter
Harga jualan RM163 RM159 RM105 RM78

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply