ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton lepasi jumlah jualan tahun 2018 dalam tempoh 9 bulan – Saga kembali menjadi sedan segmen A terlaris di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Setelah berakhirnya suku ketiga 2019 pada bulan September lalu, Proton berjaya mencatatkan satu lagi kejayaan dengan melepasi jumlah jualannya pada 2018. Sebanyak 70,330 unit kenderaan telah didaftarkan setakat ini (termasuk domestik dan eksport) berbanding hanya 64,744 unit tahun lalu.

Proton mencapai kadar pertumbuhan sebanyak 97 peratus berbanding 4,524 unit pada bulan yang sama tahun lepas. Pegangan pasaran pula dianggarkan sebanyak 20.2 peratus dan angka ini merupakan yang tertinggi dalam tempoh 66 bulan, sekaligus membantu meningkatkan pegangan pasarannya setakat ini sebanyak 15.8 peratus pada tahun ini.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Model terlaris Proton pada bulan September adalah Saga dengan 3,994 unit telah diserahkan kepada pemiliknya. Ia merupakan jumlah tertinggi bagi sebuah model Proton pada 2019. Ini secara tidak langsung menjadikan Saga sedan segmen A terlaris di Malaysia setelah hampir tiga tahun didominasi oleh pesaingnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, hanya 9 bulan diperlukan untuk mengatasi jumlah jualan tahun 2018 dan apa yang lebih penting, Saga telah kembali di kedudukan nombor satu dalam segmennya meskipun baharu dilancarkan kurang dari dua bulan. X70 masih lagi mengekalkan kedudukannya sebagai SUV paling laris dalam kelasnya dan untuk meraikannya, Proton kini memberi tawaran tambahan kepada pembeli pada bulan Oktober.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Selain daripada tawaran sedia ada iaitu servis pekerja percuma selama lima 5 tahun, jaminan perbatuan tanpa had selama lima tahun serta pakej data Internet selama 5 tahun yang ada di dalam setiap unit, terdapat juga tawaran pakej insurans bersubsidi dan insentif overtrade bernilai sehingga RM2,000.

Sehingga akhir bulan September, Proton kini mempunyai 104 buah cawangan 3S/4S di Malaysia. Bagi memastikan tahap perkhidmatan ditawarkan selaras dengan model premiumnya, mereka terus melabur dalam program latihan untuk kakitangan jualan dan servis. Keberkesanan program ini diukur melalui skor Indeks Khidmat Jualan (SSI) dan Indeks Khidmat Pelanggan (CSI) setiap cawangan, bagi mengira skor keseluruhan yang dicapai oleh syarikat.

Tambah Dr Li Chunrong, seiring dengan perkembangan jenama, adalah sangat penting sekiranya perkhidmatan yang disediakan di cawangan turut berkembang sama terutamanya barisan khidmat pelanggan yang merupakan titik permulaan perjumpaan antara syarikat dan pelanggan. Oleh itu, penambahbaikan skor SSI dan CSI menjadi keutamaan untuk semua orang di Proton sebagai satu inisiatif untuk mengekalkan dan juga meningkatkan momentum pertumbuhan jualan pada masa akan datang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply