ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton serah lapan unit X70 untuk kegunaan petugas barisan hadapan di Sabah

Berita Tempatan

Views

Proton telah menyerahkan lapan unit X70 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Sabah, semalam. Ia akan digunakan untuk operasi logistik dan pengawasan dalam usaha pembasmian COVID-19 di negeri itu. Upacara penyerahan telah berlangsung di cawangan Proton 4S Fook Loi Corporation di Kota Kinabalu.

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

Sepanjang tahun ini, Proton telah memberi sokongan kepada usaha KKM untuk membasmi COVID-19. Penyerahan lapan unit ini ke KKM Sabah adalah sebagai tambahan ke 50 unit X70 yang telah dipinjamkan ke Kementerian di permulaan pandemik pada bulan Mac.

JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar Roslan Abdullah berkata, X70 yang diserahkan akan digunakan untuk pergerakan ahli perubatan seperti doktor, jururawat dan pegawai KKM ke kawasan dimana mereka diperlukan. Tambah beliau, berharap bahawa sumbangan ini akan tolong meringankan beban barisan hadapan perubatan di Sabah.

Selain daripada meminjamkan kenderaan, Proton juga telah menghasilkan 60,000 unit pelindung muka pada bulan April di kilangnya di Shah Alam. Pelindung muka itu telah diagihkan ke hospital kerajaan dan petugas barisan hadapan seperti pihak polis dan angkatan tentera.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dan Iriz MC2 versi crossover ‘berceloreng’ kembali beraksi di jalan raya
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply