ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jam tangan pintar Proton X Watch: Dijana cip Snapdragon, boleh hidupkan enjin X50, harga RM1,499

Berita Tempatan

Views
@captain_proton♬ original sound – CAPTAIN PROTON

Kalau sebut sahaja nama model Proton yang bermula dengan huruf ‘X‘ sudah pasti yang terlintas di fikiran anda semua adalah dua model SUV, X70 dan X50 kan? Model X90 pula belum dilancarkan lagi dan masih dalam fasa ujian.

Seperti yang kita tahu, model X70 dan X50 menggunakan sistem inforia ATLAS yang sarat dengan pelbagai ciri pintar untuk kawalan pengguna.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Menurut portal Amanz.my, ekosistem pintar siri Proton X kini lengkap dengan pengenalan jam tangan pintar Proton X Watch yang dibangukan oleh ACO Tech.

Jam tangan pintar dan mempunyai fungsi seperti mengunci/membuka kunci pintu, mengawal tingkap, membunyikan hon kereta, mengawal pendingin hawa, membuka bonet belakang kereta dan yang paling menarik, ia boleh menghidupkan enjin X50!

Bukan itu sahaja, Proton X Watch juga boleh memaparkan baki minyak kereta dan mengingatkan pengguna bila untuk pergi ke pusat servis.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Proton X Watch turut berfungsi sebagai jam tangan pintar biasa untuk memaparkan pemberitahuan, imbasan nadi, membaca data SpO2, menyokong banyak mod sukan, dan banyak lagi.

Jam ini dikuasakan oleh cip Snapdragon, menggunakan paparan skrin 1.3-inci AMOLED, dan kaca Corning Gorilla Glass DX+. Jam berbentuk bulat ini dijual pada harga RM1,499 dan ditawarkan dengan dua pilihan warna tali, sama ada hitam atau pun putih.

Menurut sumber, jam ini dikategorikan sebagai sebahagian daripada alat ganti X50 dan X70, bukannya sebagai aksesori biasa. Ia juga agak sukar untuk diperolehi memandangkan tidak semua pengedar menjual jam tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Proton MC Motors 3S – Setapak

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply