ARKIB

KATEGORI

Buletin

Raja telah kembali – Adakah ini iklan acah model Suzuki Belang Fi 150?

Berita Tempatan

Views

Sejak kebelakangan ini, laman media sosial Suzuki Malaysia semakin galak menyiarkan siri iklan acah. Minggu lalu, laman Facebook rasmi mereka menyiarkan iklan acah imbasan bayang tulisan GSX-R. Hari ini, mereka menyiarkan pula foto lampu depan sebuah model misteri beserta dengan kapsyen “Raja telah kembali”.

JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

Meskipun hanya menyiarkan sedikit foto bahagian lampu depan, namun pandangan kami lebih terarah kepada tulisan Fi 150 pada penjuru kiri atas lampu di bahagian tepi. Adakah ini petanda yang mereka bakal membawa model moped Belang Fi 150 dalam masa terdekat?

JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV

Kebetulan pula bentuk lampu depan model itu sama dengan model Suzuki Raider R150 di Vietnam dan Satria F150 di Indonesia. Suzuki Belang Fi dikuasakan oleh enjin 147.3cc silinder tunggal yang mampu menghasilkan 18.2 kuasa kuda pada 10,000rpm dan 13.8Nm daya kilas pada 8,500rpm. Nampaknya Suzuki Malaysia begitu agresif menyusun langkah untuk kembali menggugat pasaran motosikal di Malaysia.

Kita nantikan perkembangan selanjutnya!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok
JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50
JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply